Siakap Keli
beli kereta syiling
Kredit: Liputan6.com

Lelaki Guna Duit Syiling RM33k Untuk Beli Kereta, Perlu 3 Jam & 20 Pekerja Untuk Kira

Sediki-sedikit lama-lama jadi bukit. Mungkin itulah pepatah yang sesuai dengan usaha seorang lelaki mengumpul wang syiling sehingga mampu membeli sebuah kereta secara tunai di China.

Menurut Liputan6.com, memetik perkongsian daripada Weibo, lelaki tersebut telah membawa 10 kantung syiling untuk membeli sebuah kereta bernilai 51,000 yuan, bersamaan kira-kira RM33,000.

Lantaran itu, seramai lebih 20 orang pekerja di pusat jualan berkenaan terpaksa mengambil masa tiga jam bagi mengira jumlah syiling tersebut, tulis portal itu.

Salah seorang pekerja, Chen berkata, pelanggan itu membelikan kereta tersebut sebagai hadiah buat anak lelakinya. Melihat kepada gambar-gambar yang dilampirkan di bawah, pekerja sedang sibuk membuat kiraan duit syiling berkenaan yang telah dimuatkan dalam tiga kantung syiling.

Gambar via Liputan6.com
Gambar via Liputan6.com
Gambar via Liputan6.com
Gambar via Liputan6.com

Sumber: Liputan6.com

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.