Cuti bersalin atau maternity leave merupakan cuti tambahan kepada cuti sakit dan diberi kepada pekerja wanita untuk pulih selepas bersalin.
Tempoh cuti bersalin selalunya antara 60 hingga 90 hari, bergantung sektor kerajaan atau swasta. Dalam tempoh ini, pekerja wanita boleh fokus terhadap pemulihan selepas bersalin tanpa gangguan kerja.
Tapi macam mana pula kalau keguguran?
Mengalami keguguran bayi dalam kandungan sudah pasti memberi kesan terhadap emosi dan fizik para ibu. Malah dugaan yang dihadapi lebih berat, apatah lagi kalau berpantang tanpa cahaya mata di sisi.
Bagi pekerja wanita yang mengalami keguguran, korang boleh juga ambil cuti bersalin ni.
Menurut video yang diunggah di laman Tiktok Azmil Zulkifli, kakitangan wanita boleh mohon cuti bersalin sekiranya tempoh kandungan melebihi 22 minggu.
Jika tempoh kandungan berusia 22 minggu ke bawah, korang layak dapat cuti sakit atau cuti masuk hospital, seperti yang diperuntukkan dalam Akta Kerja 1955.
Tapi tempoh kandungan ni bergantung atas budi bicara organisasi masing-masing. Ada juga majikan prihatin yang bagi kelonggaran kepada kakitangan wanita yang keguguran di trimester pertama untuk diberi cuti bersalin.
@kerjajer Answer to @nazdira2 Maternity leave jika keguguran #kerjajer #kerja #wanita
♬ original sound – Kerjajer with Azmil – Kerjajer with Azmil
Sumber: Azmil Zulkifli