Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Boleh Cuba Buat, Cara Tajamkan Pisau ‘Blender’ Yang Tumpul, Hasil Macam Baru Beli

Penggunaan mesin kisar di dapur sememangnya sudah dominan pada waktu ini kerana lebih mudah dan cepat. Pun begitu, masih ada suri rumah yang masih mengekalkan penggunaan lesung batu untuk menumbuk pelbagai jenis bahan masakan kerana boleh mendatangkan selera yang lebih tinggi.

Apabila bercakap mengenai mesin pengisar, antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah mata pisau di dalamnya. Perkara ini kerana pisau tersebut boleh menjadi tumpul setelah sekian lama penggunaan. Disebabkan itu, ramuan atau bahan yang dikisar tidak hancur dengan baik. Oleh yang demikian, amatlah penting untuk mengetahui cara untuk menajamkan mata pisau pada mesin kisar supaya proses memasak anda lebih lancar.

Kulit Telur

Kaedah pertama untuk tajamkan pisau mesin kisar adalah dengan menggunakan kulit telur. Menurut The Kitchn, caranya ialah dengan menyimpan kulit telur di dalam bekas dan diletakkan di dalam peti sejuk. Ketika anda mahu menajamkan pisau mesin kisar, hanya perlu letakkan kulit telur tersebut di dalam bekas mesin kisar bersama air dan kisarkan seperti biasa. Akhir sekali, basuh bekas blender anda dengan sabun dan harus diingat, kulit telur yang dikisar jangan dibuang ke dalam singki kerana dikhuatiri boleh menyebabkan tersumbat.

Gambar: The Cookist

Garam Kasar

Kaedah kedua seperti dikongsikan oleh homeyutility adalah dengan menggunakan garam kasar. Caranya dengan memasukkan garam ke dalam bekas pengadun dan kisarkannya. Setelah dimatikan, gantikan garam yang baharu ke dalam bekas tersebut dan hidupkan kembali mesin pengadun anda lebih lama daripada langkah yang pertama. Setelah selesai, basuh bekas tersebut dan jangan risau kerana anda masih boleh menggunakan garam tersebut untuk memasak tanpa membazirkannya.

Pelbagai lagi cara yang anda boleh lakukan untuk memastikan pisau mesin pengisar anda kembali tajam seperti baharu dibeli. Sudah pasti sekiranya pisau lebih tajam, bahan kisar juga akan menjadi sempurna untuk dijadikan bahan masakan.

Gambar: The Spruce Eats

Sumber: homeyutility, the kitchn

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.