Siakap Keli
Gambar: China Daily

China Hadkan Kanak-Kanak Bawah Umur Main ‘Game Online’ Hanya 3 Jam Seminggu

Permainan digital kini menjadi kegemaran masyarakat di seluruh dunia, terutamanya golongan muda. Permainan ini rata-rata dimainkan secara atas talian, di mana pemain hanya memerlukan akses internet dan gajet. Ia juga bersifat fleksibel dan boleh dimainkan di mana saja.

Dengan kepelbagaian permainan yang tersedia, tak hairanlah permainan atas talian atau online games ini menjadi platform hiburan utama di seluruh dunia.

China merupakan salah satu negara yang terkenal dengan permainan online ini. Pun begitu, ketagihan golongan muda di China terhadap permainan ini di tahap yang sangat membimbangkan.

Menyedari akan hal itu, China bertindak menghadkan individu di bawah umur 18 tahun bermain permainan online hanya tiga jam dalam seminggu.

Kanak-kanak bawah umur di China dibataskan bermain permainan atas talian hanya selama sejam iaitu pada jam lapan hingga sembilan malam. Mereka hanya dibenarkan bermain permainan ini pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.

Menurut laporan Xinhua News, penyediaan servis permainan online kepada kanak-kanak bawah umur selain waktu yang ditetapkan disifatkan sebagai menyalahi undang-undang.

Memetik laporan Bloomberg, China sebelumnya menetapkan peraturan 1.5 jam tempoh bermain permainan online kepada kanak-kanak bawah umur. Peraturan yang diwujudkan pada tahun 2019 ini lebih longgar kerana individu bawah umur 18 tahun boleh bermain permainan online lebih kerap dalam seminggu.

Namun peraturan tersebut mula diperketatkan oleh kerajaan China tahun ini untuk memastikan tahap tumbesaran kanak-kanak di negara tersebut lebih berkualiti.

Sumber: Xinhua News, Bloomberg

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.