Siakap Keli
Gambar Hiasan via WTOL

“Elak Makan Dua Jam Sebelum Tidur,” Ini 11 ‘Checklist’ Untuk Korang Dapat Tidur Yang Nyenyak

Bila dah beranjak dewasa, makin susah rasanya nak dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Bila nak tidur tu ada jelah perkara yang menjengah difikiran.

Masalah untuk tidur ni berpunca dari pelbagai sebab. Ada yang susah tidur sebab terfikir masalah keluarga, pasangan, penyakit dan banyak lagi.

Tidur yang tak mencukupi sudah pasti memberi impak negatif dalam keseharian kita. Tambahan pula bila nak bekerja, prestasi kerja pun boleh merudum sebab masalah tidur tak cukup ni.

Memahami rintihan golongan susah tidur ni, Public Health Malaysia (PHM) melalui laman Facebook berkongsi tips macam mana nak dapatkan tidur yang baik.

Kalau korang nak dapatkan tidur yang puas malam ni, pastikan korang ikut checklist di bawah:

  • Keadaan bilik tidur senyap dan gelap
  • Elak makan dua jam sebelum tidur
  • Tidur waktu sama setiap hari (7-9 jam)
  • Berhenti bekerja satu jam sebelum tidur
  • Jangan bercakaran dengan pasangan satu jam sebelum tidur
  • Alihkan kucing keluar dari bilik
  • Bilik sejuk kurang 30 darjah Celcius
  • Katil untuk tidur sahaja. Nak baca buku, pergi tempat lain
  • Belajar teknik bertenang. Regangan otot, bayangkan suasana tenang
  • Jangan merokok, vape atau minum arak
  • Jangan minum caffien atau kopi 4-6 jam sebelum tidur

Di akhir hantaran, PHM turut mengingatkan yang tak semua masalah tidur boleh selesai guna checklist ni. Kalau korang masih tak dapat tidur dengan baik, korang kena jumpa doktor untuk tolong korang selesaikan masalah ni.

Bagi yang nak cuba tips-tips yang dikongsikan, semoga berjaya tidur lena malam ni!

Sumber: Public Health Malaysia

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.