Mesti ramai daripada kita yang pernah dengar atau guna Google Form kan? Tambahan pula dalam tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ni, setiap kali habis kelas mesti cikgu atau pensyarah suruh tanda kehadiran di platform ni.
Google Form merupakan platform yang umum digunakan untuk mengumpul maklumat. Oleh kerana pengguna boleh akses Google Form secara percuma, maka tak hairanlah ramai yang guna platform ni.
Selain digunakan oleh cikgu dan pensyarah untuk rekod kehadiran, Google Form ni jugak sering digunapakai oleh para mahasiswa untuk mengedarkan soalan kaji selidik atau survey.
Selalu kalau kita bukak pautan Google Form ni, itu-itu sajalah rupa dia. Hanya borang soalan digital yang mungkin berubah tema warna je.
Bayangkan nak jawab soalan survey yang banyak dengan pemuka atau interface yang membosankan macam tu, nak jawab pun macam tak ada semangat kan.
Tapi korang tahu tak, sebenarnya Google Form ni boleh diubah jadi bentuk yang menarik dan interaktif.
Melalui video yang diunggah di laman TikToknya, Baiduri Hadi berkongsi panduan macam mana nak tukar interface pautan Google Form jadi semacam bentuk chat.
Nak tahu macam mana, tengok video di bawah ni.
@baiduri_9 Google form dah tak laku☹️. #googlehacks #googleforms #guru #fypage #sharing #teachersoftiktok .
♬ Comical and a little silly carefree music(831995) – Etsuo Kawasaki
Nampak lebih menarik kan kalau buat Google Form macam ni. Selamat mencuba!
Sumber: TikTok Baiduri Hadi