Siakap Keli

“Saya Harap Ronaldo Tak Tengok Match Ini,” Roy Keane Kritik Aksi Separuh Masa Pertama United Semalam

Semalam Manchester United melakar kemenangan kedua dalam 3 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim 2021/22 ke atas pasukan Wolverhampton Wanderers. Kemenangan itu dicatatkan di tempat lawan, menjadikan United satu-satunya pasukan dalam sejarah Premier League mencatat 27 kemenangan di tempat lawan berturut-turut.

Walaupun mencatat kemenangan, pada aksi separuh masa pertama, United agak teruk diasak jentera serangan Wolves yang bernafsu mencari gol awal dan pemain-pemain United lambat untuk’settle down’ dalam perlawanan ini.

Selepas perlawanan tersebut, lagenda United, Roy Keane dengan nada berseloroh berkata, “saya risau jika Cristiano menonton aksi babak pertama tadi, takut dia tarik semula perjanjian untuk kembali ke United.”

Menurut Keane, pemain United tidak melakukan tugas dengan baik, mudah hilang bola dan tiada tenaga untuk bermain. Semua peminat bola sepak pasti kenal sikap Roy Keane yang sangat ‘garang’ ketika menjadi pemain dulu dan sangat keras dalam menkritik jika ada yang perkara yang tak kena di matanya.

United terus mengekalkan rekod tanpa kalah untuk persaingan liga musim ini bersama beberapa pasukan lain seperti Spurs, Liverpool, West Ham dan Everton. United berjaya mengumpul 7 mata hasil dari dua kemenangan dan satu seri.

Cristiano dijadualkan kembali ke United selepas mencapai kata sepakat untuk meninggalkan Juventus. Desas-desus kuat mengatakan Ronaldo akan ke City tetapi City tidak mahu membayar yuran perpindahan yang diminta Juventus iaitu £25 juta dan United pula rela membayarnya ketika usia pemain ini sudah menjangkau 36 tahun.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sky Sports (@skysports)

Sumber: Sky Sport

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)