Siakap Keli
Kredit: Daily Star

(Video) Macam ‘Entiti Misteri’ Melekat Di Siling, Ibu Bapa Terkejut Temui Kepala Anak ‘Tergantung Di Siling

Seorang kanak-kanak perempuan telah membuat ibu bapanya terkejut besar setelah mendapati terdapat “gumpalan rambut” yang menakutkan di bahagian siling rumah mereka seperti yang biasa berlaku dalam filem-filem seram.

Menurut laporan, kejadian aneh itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut terjumpa satu lubang di ruang tamu rumah mereka yang berada di daerah Puding Wilayah Guizhou, China Barat Daya, Jumaat lalu.

Lubang sebesar 8 inci itu dibuat untuk pemasangan kipas pelepas haba yang akan dipasang antara dua tingkat rumah itu. Dengan keadaan tidak tahu apa-apa, kanak-kanak tersebut memasukkan kepalanya ke dalam lubang itu. Tidak lama kemudian, dia menyedari kepalanya telah tersekat dan tidak boleh dikeluarkan.

Kredit: Daily Star

Video yang diambil oleh pasukan bomba menunjukkan usaha mereka untuk mencari kepala yang “menakutkan” itu. Kelihatan kepala tersebut ditutupi dengan rambut panjang dan tergantung secara terbalik di bahagian siling.

Salah seorang anggota cuba menolak kepala gadis itu sementara yang lain memegangnya di tingkat satu. Pada mulanya, mereka menggunakan pliers (tang) untuk membuka kawasan lubang itu menjadi lebih luas tetapi tidak berjaya.

Ketika pasukan bomba cuba menariknya keluar, kanak-kanak tersebut mengerang kesakitkan, “Hidung saya sakit”. Kemudian, sebagai inisiatif lain, mereka meletakkan minyak sayuran di kepala kanak-kanak itu sehingga berjaya membebaskannya, lapor portal.

Kredit: Daily Star

Komander Yang Hao dari Bahagian Puding, Anshun Fire Rescue memberitahu media tempatan bahawa kanak-kanak perempuan itu telah tersekat di lubang siling selama satu jam sebelum menerima laporan daripada pihak keluarganya. Pasukannya memerlukan masa selama 40 minit untuk membebaskan kanak-kanak tersebut sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut ibu bapanya, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Sebahagian netizen yang menonton video tersebut berasa terkejut dan ada juga yang mendoakan keselamatan kanak-kanak itu di ruangan komen.

“Hati saya berdegup kencang ketika melihat ada rambut tergantung macam tu, tetapi sekurang-kurangnya kanak-kanak itu tidak apa-apa.”

“Macam dalam adegan The Ring yang hantu merangkak keluar dari sumur. Memang tak patut tengok ni waktu malam.”

Sumber: Daily Star dan KLH43

Hanis Lyana