Siakap Keli
Gambar: Adrian Chia

5 Model Kereta Mampu Milik, Gaji ‘Fresh Graduate’ Pun Boleh Beli

Pada zaman sekarang ni, kereta dan jadi macam satu keperluan. Untuk satu rumah mesti paling kurang akan ada satu kereta kan. Kereta ni salah satu pengangkutan yang penting, tambah pula di waktu kecemasan.

Bagi yang tengah terfikir-fikir model kereta apa yang sesuai dengan gaji rendah, perkongsian dari video TikTok @adrianchiaaa ni mungkin dapat membantu.

Dalam video tersebut, lelaki ini kongsi lima kereta tempatan mampu milik, serta menerangkan apa kelebihan kalau korang pakai kereta-kereta ni.

1. Proton Saga 1.3 Premium AT

Senyap, stabil di highway, kabin luas dan selesa. Boleh guna dari bujang sampai dah berkeluarga. Sangat sesuai sebagai kereta pertama atau kereta keluarga.

Harga: RM39,800

Bulanan: RM501.05

2. Perodua Axia GXtra

Kos penggunaan rendah, jimat minyak, nak parkir pun senang. Kalau untuk pemanduan bandar atau city drive memang tak ada masalah lah.

Harga: RM33,940

Bulanan: RM427

3. Proton Iriz 1.3 Manual

Harga: RM36,700

Bulanan: RM462

4. Perodua Bezza 1.3 X

Sangat jimat minyak, sesuai untuk korang yang banyak bergerak macam pemandu e-hailing. Ruang dalam but kereta ni pun luas.

Harga: RM42,551

Bulanan: RM536

5. Perodua Myvi 1.3 X

King of the Road ni walaupun bayaran bulanan agak tinggi, tapi banyak kelebihan. Model Myvi 1.3 X ni luas, jimat minya dan kos penggunaan pun rendah. Reka bentuk Myvi ni memang cantik, ala-ala Volkswagen Golf gitu.

Harga: RM44,959

Bulanan: RM566

@adrianchiaaa

Gaji RM 2,500 beli BMW?! #fypmalaysia #carmalaysia

♬ reality – 混搭

Sumber: TikTok @adrianchiaaa

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.