Pada hari ini, 31 Ogos 2021, seluruh Malaysia menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64. Walaupun disambut secara sederhana, namun pastinya ianya dipenuhi dengan semangat patriotisme di dalam diri setiap rakyat Malaysia.
Sambutan bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ pada tahun ini merupakan sambutan kedua yang disambut secara sederhana kerana bersesuaian dengan persekitaran norma baharu disebabkan pandemik yang melanda negara. Boleh juga dilihat, bendera Malaysia atau dikenali Jalur Gemilang megah berkibar di kebanyakan banggunan di seluruh negara termasuklah di rumah-rumah, premis perniagaan, pejabat dan juga di kenderaan.
Selain itu, antara yang menarik perhatian adalah bendera Malaysia yang sedang berkibar dipaparkan pada enjin carian Google Doodle pada hari ini.
Perkara tersebut adalah bagi meraikan Hari Kebangsaan Malaysia ke-64 yang disambut pada hari ini. Bukan itu sahaja, pada perkataan Google disebelah kiri atas juga turut disematkan bendera Malaysia.
Sumber: Google