Siakap Keli

Pernah Diperlekeh Jual Batang Buruk, Wanita Ini Bangkit Buktikan Berjaya Raih Jualan RM6 Juta Waktu PKP

Satu cabaran besar bila PKP dilaksanakan pada tahun lepas. Macam yang korang tahu, ramai yang hilang kerja, terutamanya golongan B40. Simpanan makin lama makin sikit, buntu nak cari pendapatan, nak berniaga pun tak tahu nak jual apa.

Tapi, kalau Puan Nor Hedayah ni boleh buktikan dia berjaya sewaktu PKP, kenapa tidak korang? Jangan terkejut dengar apa yang dia jual, sebab kami pun pada mulanya macam tak percaya. Jual kuih tradisional je, dapat untung berlipat ganda sewaktu PKP!

Semuanya sebab dia tak pedulikan mulut orang yang pada mulanya langsung tak yakin dengan produk kuih yang dia jual. Tapi dia tak ambil kisah, terus redah ke depan dengan usaha dan semangat yang tak pernah berputus asa. Hasilnya, sekarang Puan Nor Hedayah dah boleh tersenyum lebar dengan income jutaan ringgit dari jualan Hedy’s Batang Buruk! Fuh.

PKP Mac sehingga April 2020, sales melambung dari 18K kepada 200K sebulan!

Masa semua orang tengah struggle sewaktu PKP tahun lalu, sales Puan Nor Hedayah mencecah RM200 ribu sebulan dari Mac ke April. Hebat kan. Tapi kemanisan tu bermula dengan kesukaran dahulu sebab sewaktu dua minggu perlaksanaan PKP, dia pun sama melalui tempoh sukar seperti usahawan lain.

Dalam tempoh dua minggu awal PKP, Puan Nor Hedayah pun turut down sebab sales drop teruk. Dari sales hampir RM60 ribu sebulan pada Februari ke angka RM18 ribu sebulan je pada Mac 2020. Mana nak bayar staff, nak bayar sewa kedai, kos operasi macam-macam lagi lah. Dah tu apa yang Puan Nor Hedayah buat sampai boleh jadikan sales RM18 ribu ke RM200 ribu dalam tempoh sebulan waktu PKP? Bila dikira balik, lagi banyak tau sales yang dia dapat semasa PKP ni.

Ha, kat sini lah dia ambil peluang positifkan diri bersama circle yang betul. Anak didik kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman ni gali ilmu habis-habisan untuk bantu team dan agen di bawahnya untuk berdepan waktu sukar. Tak kenal penat, dia beri coaching gila-gila kepada semua agen.

Buktinya, dia dan team berjaya apabila Hedy’s Batang Buruk meraih sales RM6 juta sepanjang PKP. Memang wow!

Tak ada darah usahawan, anak buruh kasar dan mak suri rumah!

Mesti ada yang fikir, kalau pandai dan berjaya dalam perniagaan ni mesti dari kecil dah dibesarkan dengan berniaga. Tapi salah, sebab kejayaan tu akan datang kepada mereka yang berusaha.

Puan Nor Hedayah ni datang dari keluarga biasa je dari kampung. Dia dibesarkan dengan titik peluh bapa yang merupakan seorang buruh kasar dan ibunya suri rumah sahaja. Berniaga pun sekadar nak cari pendapatan sampingan bantu keluarga. Tapi tengoklah kejayaannya pada hari ini, jual batang buruk pun boleh jadi usahawan kaya dan berjaya!

Jual macam-macam, buat kerja ‘gila’ ambil keputusan berhenti kerja?

Dia pada mulanya jual macam-macam produk seperti gel rambut dan tudung sebelum jual batang buruk secara serius. Berniaga pun masa tu tanpa hala tuju, fokus dan strategi yang betul. Sifat ‘tamak’ ini sebabkan perniagaannya tak ke mana dan untung diharapkan juga tak nampakkan hasil. 

Titik tolak kepada turning point Puan Nor Hedayah ialah pada tahun 2018 apabila dia buat keputusan ‘gila’ berhenti kerja sebagai seorang penjawat awam. Malah, suaminya juga tekad berhenti kerja semata-mata demi nak jual batang buruk. 

Masa tu stok batang buruk banyak yang belum terjual. Tapi bila melihat usahawan lain fokus 100% berniaga dengan satu produk sahaja, dia tekad. Berpegang kepada prinsip fast action and fast result, dia berani ambil risiko dan bangkit cari cara serta inisatif untuk memasarkan Hedy’s Batang Buruk.

Tak payah tunggu raya, batang buruk Hedy’s jadi pilihan ramai tak kira masa! 

Sesuai dengan tagline Hedy’s Batang Buruk cair di mulut, cair di hati. Bukan calang-calang, apa sebenarnya yang buatkan batang buruk Hedy’s ni jadi viral dan disukai ramai walau bukan di musim raya? Yela, dulu bila sebut batang buruk, mesti kita jumpa waktu musim raya je. Sekarang ni Hedy’s Batang Buruk dah jadi kudap-kudap makan depan TV hari-hari tau!

Pertama, keluaran muslim bumiputera yang sudah pastinya diyakini halal dan suci tanpa ragu lagi. Lepas tu, tekstur dan rasa batang buruk Hedy’s ni sangat premium dengan rasa asli dari Johor. Berlemak dan rangup sangat.

Ala, macam korang makan batang buruk yang datuk nenek kita buat. Kelongsong tu tak guna kulit popia tapi diadun khas. Serbuk kat dalam guna kacang hijau berkualiti. Korang ngap sebalang pun, comfirm takkan rasa batuk atau tersedak.

Paling penting, batang buruk Hedy’s ini rare sebab berjaya ubah pandangan skeptikal di mana kuih batang buruk hanya boleh dinikmati pada musim perayaan sahaja. Buktinya, tak payah tunggu raya baru nak makan, batang buruk Hedy’s dapat permintaan tinggi dari pelanggan setiap hari dengan ratusan agen seluruh Malaysia!

Encik Andi, bekas owner homestay berjaya dengan batang buruk, korang nak atau tak je!

Memang mudah sangat nak dapatkan batang buruk Hedy’s ni. WhatsApp je, ada lah agen yang boleh COD sampai depan rumah korang tu. Salah satunya, adalah Encik Andi Mohd Fauzi, antara agen berjaya Hedys’ Batang Buruk dari Tebrau Johor.

Ha, dia ni merupakan antara mereka yang terkesan waktu PKP tahun lepas sampai lah sekarang. Yelah, aktiviti pelancongan dah tak boleh, homestay pun tak dapat nak buka. Duit kat tangan pun tinggal cukup-cukup makan.

Tapi bila join team Batang Buruk Hedy’s, dia dapat buat jualan cecah RM150 ribu! Kata Encik Andi, peluang untuk berjaya di Hedy’s besar sebab founder sendiri iaitu Puan Nor Hedayah yang bantu mereka gila-gila dengan bagi coaching dan bantu marketing di media.

‘”Saya dapat grow team di bawah beliau dan pecahkan mindset bahawa wanita sahaja boleh buat bisnes kuih.

”Mula isteri tak setuju tapi sekarang dah okay, saya dapat belikan isteri gelang emas dan ada lebih banyak masa dengan keluarga di rumah hanya dengan jual batang buruk Hedys’s sahaja,” cerita Encik Andi.

Sekarang ni, pilihan di tangan korang. Siapa yang berusaha akan peroleh hasilnya. Kalau nak ubah hidup dengan jana pendapatan selesa, korang pun boleh jadi macam Encik Andi dan agen berjaya yang lain dengan join Hedys’s Batang Buruk sekarang juga. Ingat fast action and fast results! Jangan risau sebab Puan Nor Hedayah sendiri yang turun ke bawah untuk guide korang sampai boleh okay?

Puan Nor Hedayah dan Hedy’s Batang Buruk jadi inspirasi kepada semua untuk berjaya jana income 10K pertama!

Inspirasi sangat sebab Puan Nor Hedayah bukan berjaya seorang diri tapi dia dah bantu ramai mereka yang hilang kerja, suri rumah dan sebagainya untuk keluar dari kesusahan dengan cara jadi agen dan dropship Hedys’ Batang Buruk bermula dari modal yang rendah.

Jom bertindak sekarang, jana RM10 ribu pertama anda dengan menyertai Hedy’s. Puan Nor Hedayah dah ready nak bantu korang dengan turunkan segala ilmu, tips dan nasihat walaupun korang zero pengalaman berniaga.

Kalau berminat, layari dan ikuti Hedy’s Batang Buruk di laman web batangburuk.com dan Facebook Hedy’s untuk mendapatkan maklumat lanjut. Korang juga bole hubungi Hedy’s secara direct dengan tekan link di WhatsApp dan Telegram yang kami sertakan ini okay!

Siapa tahu, Puan Nor Hedayah dan Hedy’s Batang Buruk ini jadi platform untuk korang bangkit dan berjaya dalam hidup! Kalau orang lain boleh buat duit dengan Hedy’s’ kenapa tidak korang?

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.