Siakap Keli
Gambar: TikTok @jason_jezi

Pintu ‘Sliding’ Susah Tarik Dan Tolak, Lelaki Ni Tunjuk 2 Cara Mudah Nak Kasi ‘Settle’

Mesti ramai di antara kita yang guna pintu jenis sliding di rumah. Selalunya pintu sliding ni dipasang di balkoni atau bahagian depan rumah.

Pintu sliding buat rumah nampak moden dan elegan, pada masa yang sama kita boleh tengok pemandangan luar dari dalam rumah.

Walaupun diperbuat daripada kaca, penggunaan pintu sliding ni tetap menjaga privasi kerana orang luar tak boleh nampak ruang dalam rumah. Maka tak hairanlah ramai yang pilih untuk pasang pintu ni di rumah masing-masing.

Tapi apa yang tak best pasal pintu sliding ni, bila dah lama digunakan, mula lah pintu ni jem. Nak tarik atau tolak pun tersekat-sekat.

Melalui video yang dikongsikan di akaun TikTok @jason_jezi, lelaki ni kongsi tips nak kasi elok balik pintu sliding yang tersekat-sekat tu.

Menurut pengunggah, pintu sliding  ni jadi susah tarik dan tersekat-sekat sebab skru di bahagian bawah pintu dah longgar. Maka pintu sliding jadi turun rapat ke rel dan susah nak tarik.

Kalau korang pun ada masalah pintu sliding tersekat, boleh la cuba tips dalam video bawah ni.

@jason_jezi

#Pintu #Slide sudah lama pakai mesti ada masalah susah tarik, senang saja cuba ni #TikTokGuru #jombelajar #learnontiktok

♬ STAY – The Kid LAROI & Justin Bieber

Simple je kan? Selamat mencuba!

Sumber: TikTok @jason_jezi

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.