Siakap Keli

Ramai Tak Perasan, “Snooze” Dekat “Alarm” iPhone Di Set Automatik 9 Minit, Tapi Kenapa? Ini Alasannya

Nak bangun pagi bukanlah sesuatu yang mudah pada sesetengah orang.

Kadang-kadang ada yang dah bangun dah pun lepas bunyi alarm yang telah ditetapkan pada waktu pagi, tapi sambung tidur kejap untuk 5 minit sebab terlampau berat sangat nak bangun.

Ada juga yang plan 5 minit tu terus kelaut. Alarm dengan snooze yang sampai 9 minit tu pun terus tak sedar. Tapi nanti dulu, pernah tak anda terfikir kenapa alarm snooze anda tu memang ditetapkan 9 minit. Pelik kan, kenapa tak 10 minit je?

Menurut portal RD, snooze 9 minit ini ada kaitan dengan sejarah jam itu sendiri. Kalau korang nak tahu, jam pengera wujud sebelum fungsi snooze tercipta, jadi pencipta terpaksa mengikut setup yang telah sedia ada. Memasang gigi roda untuk membiarkannya tepat selama sepuluh minit adalah agak sukar, jadi mereka harus memilih diantara sembilan dan beberapa saat atau lebih 10 minit.

Tapi, ada satu lagi teori yang sedikit berbeza. Sesetengah pihak berpendapat ada satu laporan pada 1950 yang menyatakan bahawa tempoh 10 minit sudah mencukupi untuk membolehkan manusia lelap semula selepas terjaga.

Jadi, 9 minit adalah tempoh yang paling sesuai bagi membolehkan pengguna ‘bermalas-malasan’ di tempat tidur sebelum bangun, dan pada masa yang sama untuk mengelakkan pengguna daripada terlena semula.

Namun begitu, teori paling umum adalah snooze yang mempunyai dua digit lebih sukar untuk diprogramkan berbanding satu digit, jadi pereka menganggap reka bentuk yang kurang rumit adalah cara yang paling sesuai.

Kemudian, snooze pada penggera tidak lagi mengikuti tetapan ini seperti Westclox’s Drowse yang membenarkan pengguna menetapkan sendiri tempoh snooze diantara 5-10 minit.

Bagaimanapun, sesetengah pembangun aplikasi jam, seperti yang ada pada iPhone masih menggunakan tetapan 9 minit ini, sebagai menghormati legasi penciptaan fungsi Snooze.

Sumber: RD

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.