Siakap Keli
Gambar: Twitter

Selepas 22 Tahun Beroperasi, Rasa Food Arena KLCC Akhirnya Ditutup Esok

Setelah hampir 22 tahun ‘berjasa’ kepada rakyat Malaysia, medan selera Rasa Food Arena di pusat beli-belah Suria Kuala Lumpur (KLCC) mengumumkan penutupan premisnya bermula esok.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu notis kecil yang diletakkan di pintu masuk premis seperti yang dikongsikan oleh beberapa pengguna laman media sosial.

“Dengan dukacitanya, kami mengumumkan penutupan kekal Rasa Food Arena Suria KLCC bermula 1 September 2021.

“Terima kasih untuk pengalaman selama 22 tahun, ia adalah keseronokan terindah untuk melayani anda,” maklum notis tersebut.

Sementara itu, ramai pengguna media sosial turut menzahirkan rasa sedih mengenai penutupan medan selera itu. Rata-ratanya berkongsi pengalaman menikmati makanan di premis makanan tersebut yang terletak di tingkat empat KLCC.

“…ia salah satu tempat paling best bagi saya sejak 19 tahun lalu masa mula-mula kerja….” – Yus

”Salah satu makanan kegemaran di sini…” – Kamal

“Kami semua akan merindui anda…” – Izwan

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.