Siakap Keli
Gambar: @numanmazlan

(Video) Jalur Gemilang Megah Berkibar Di Bumi Palestin Sempena Hari Merdeka, Tanda Penghargaan Buat Malaysia

Umum telah mengetahui bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang paling kerap membantu negara Palestin.

Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat murah hati telah banyak membantu ramai rakyat Palestin yang terkesan akibat peperangan di tanah air sendiri.

Kerana hubungan kerjasama serta sebagai tanda terima kasih daripada rakyat Palestin, bumi Palestin pada hari ini telah dibanjiri dengan kibaran Jalur Gemilang yang menghiasi jalan-jalan di Palestin.

Difahamkan bahawa Jalur Gemilang juga dipasang sebagai tanda penghormatan sempena hari kemerdekaan Malaysia ke-64 yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia pada hari ini.

Dapat dilihat dalam video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama @numanmazlan bahawa terdapat pelbagai jenis saiz Jalur Gemilang yang megah berkibar dan menghiasi jalan-jalan di Palestin.

Video yang dikongsikannya itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 50 ribu kali.

Sumber: @numanmazlan

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.