Siakap Keli

(Video) Pelakon Indonesia Hamil 6 Bulan ‘Mengidam’ Nak VC Dengan ‘Oppa’ Song Joong Ki, Suami Usahakan Sampai Dapat

Aktres Indonesia, Felicya Angelista meluahkan kegembiraan ke atas suaminya, Caesar Hito kerana menunaikan impiannya untuk berbual dengan aktor Korea, Song Joong Ki.

Kegembiraan Felicya itu dapat dilihat dalam video yang dikonsikan melalui akaun media sosialnya @felicyangelista_.

Impian Felicya untuk bertemu dengan bintang drama Vincenzo itu menjadi kenyataan hasil daripada bantuan rakan Hito, Raymond yang dalam video terlihat memakai kemeja berwarna biru.

“Impian ku untuk video call bersama dengan idola ku kesampaian,” tulis Felicya.

Pada mulanya, Feli hanya main-main sahaja menyatakan kepada suaminya itu bahawa dia mahu bertemu dengan Song Joong Ki.

Namun Feli tidak menyangka bahawa suaminya itu betul-betul menunaikan impiannya.

Dalam video tersebut, Song Joong Ki dilihat melambaikan tangan dan tersenyum pada Felicia.

Warganet yang melihat video tersebut cemburu dengan Felicya kerana dapat bercakap dengan Soong Joong Ki.

“Nak juga,” tulis seorang warganet.

“Cemburunya saya,” tulis seorang lagi.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 3 juta kali.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Felicya Angelista (@felicyangelista_)

 

Sumber: Kompas

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.