Siakap Keli
Gambar: Bernama, Team Malaysia

Rayuan Ditolak, Ini Kenyataan Rasmi World Para Athletics Mengenai Penarikan Semula Pingat Emas Ziyad

Atlet paralimpik negara, Mohd Ziyad Zolkefli dianggap tidak hadir ke ‘Call Room’ pada waktu ditetapkan, merujuk kenyataan World Para Athletics (WPA).

Dalam kenyataan itu, keputusan tersebut diputuskan berdasarkan World Para Athletics Rule 5.5 -‘Kegagalan Lapor Diri Ke Call Room’ di mana atlet yang tidak hadir ke Call Room dalam masa ditetapkan seperti diterbitkan dalam jadual Call Room akan ditetapkan sebagai DNS (Did Not Start).

“Kenyataan World Para Athletics berhubung acara Lontar Peluru F20 pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

“Rayuan tiga atlet dari Australia, Ecuador dan Malaysia yang bertanding dalam acara lontar peluru F20 akhir di bawah protes telah ditolak juri rayuan WPA.

“Berdasarkan peraturan itu, atlet boleh bersaing di bawah protes di mana pengadil mempertimbang kesemua bukti dan sebab atlet lewat ke Call Room.

“Setelah mempertimbang semua bukti, pihak pengadil memutuskan tiada sebab munasabah untuk kegagalan atlet untuk melapor diri ke Call Room pada masa ditetapkan,” tulis kenyataan itu.

“Atlet-atlet telah membuat rayuan kepada Juri Rayuan, yang mana telah memberi pasukan peluang untuk mengemukakan maklumat relevan sebelum membuat keputusan terakhir.

“Juri Rayuan membenarkan keputusan Pengadil dan mengesahkan keputusan atlet sebagai DNS.”

Sumber:#ParaAthletics #Tokyo2020

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.