Sejak malam semalam, kecoh apabila penyertaan atlet paralimpik lontar peluru negara, Ziyad Zolkefli diprotes dalam saingan akhir lontar peluru lelaki F20.
Difahamkan, protes dari pihak Ukraine kerana Ziyad didakwa lambat memasuki call room sebelum acara bermula yang boleh menyebabkan penyertaannya dikategorikan sebagai do no start(DNS).
Walau bagaimanapun, dalam kemaskini terbaru atlet tersebut di laman Instagram, beliau meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Selain itu, Ziyad sempat menitipkan penghargaan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepadanya.
Dalam pada masa yang sama, Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada IPC & WPA berhubung keputusan itu pada hari ini. Diharapkan pingat emas berkenaan terus menjadi milik Malaysia.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, jelas warganet memberikan sokongan kepada Ziyad dan menganggap bahawa dirinya tetap seorang juara di hati mereka. Antara yang menzahirkan perkara berkenaan adalah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan beberapa atlet negara yang ternama.
Sumber: Ziyad Zolkefli