Pernah makan sardin roll atau nam lain roti sardin ke ada yang masih tak tahu kewujudan sajian ini? Selalunya sajian ini dijual di kawasan perkampungan dengan harga RM0.50 sebiji tetapi sekarang sudah dijual secara sejuk beku dibandar.
Tetapi sebenarnya korang boleh sediakan kuih ini dengan sendiri kerana cara penyediaannya sangat mudah dengan menggunakan bahan di dalam rumah sahaja. Tetapi kali ini, SK nak kongsikan resipi “sardin roll Permaisuri”.
Kenapa nama “sardin roll Permaisuri”? Nama kuih ini dinamakan sempena Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sangat gemar dengan juadah ini di sebuah hotel di Kota Kuala Lumpur.
Menurut Abang Rider di laman Tiktoknya, resipi ini sebenarnya hanya dibuat untuk juadah berbuka dalam kalangan pekerja dapur sahaja. Secara tiba-tiba, chef hotel tersebut hulurkan juadah ini untuk santapan Permaisuri Agong.
“Tak sangka tuanku suka dan ‘tapau’ bawa balik Istana… lepas pada tu, tiga empat kali juga dapat call dari Istana order juadah ini…”
Resipinya sangat mudah dan sesuai untuk dijadikan juadah petang untuk seisi keluarga. Hanya menggunakan roti putih dan sardin di dalam tin sahaja. Paling penting ia sangat ranggup dan di dalamnya yang lembut.
@pandaterbang.my Dekat hotel dulu kami bagi nama makanan ni “Sardine Roll Permaisuri 👸” #fypシ #fyp
Sumber: Abang Rider