Siakap Keli
Gambar: FamilyMart Malaysia

Family Mart Mini Pertama Di Malaysia, Hanya Ada Di Shell Karak ‘Highway’ 2 Setakat Ini

Mesti ramai antara kita yang suka pergi FamilyMart kan? Tapi selalu kalau pergi FamilyMart ni, bila nak bayar mesti kena beratur panjang.

Korang tahu tak, sekarang korang dah boleh shopping produk FamilyMart kat vending machine tau. Memperkenalkan FamilyMart Mini pertama di Malaysia!

Gambar: FamilyMart Malaysia

Korang boleh pilih pelbagai makanan ikonik FamilyMart seperti Onigiri, sandwic, pencuci mulut dan banyak lagi. Makanan-makanan ni dibuat dan dihantar setiap hari tau, jadi korang tak payah risau.

Gambar: FamilyMart Malaysia

Kiosk pintar ni berfungsi secara automatik tanpa sentuhan dan tanpa tunai. Korang boleh buat pembayaran dengan kad kredit, kad debit atau e-wallet.

FamilyMart Mini pertama ni terletak di Shell Karak Highway 2. Jadi yang tinggal kawasan berdekatan atau lalu kat highway ni boleh la cuba beli dekat kiosk ni.

Bagi yang duduk jauh daripada kawasan highway ni, jangan sedih-sedih sebab lepas ni akan ada banyak lagi kiosk mini FamilyMart akan ditempatkan di lokasi lain!

Sumber: FamilyMart Malaysia

Eyla Azri