Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang bagaimana caranya untuk kita memindahkan sijil vaksinasi ke dalam aplikasi MySejahtera milik dependent kita dalam telefon bimbit mereka.
Jika nama mereka didaftarkan dalam telefon bimbit kita, maka sijil tersebut akan berada dalam telefon bimbit kita.
Cara yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @Addykunze ini membolehkan kita untuk memindahkan sijil tersebut ke dalam telefon bimbit mereka.
Namun perlu diingat bahawa, hanya buat langkah ini sekiranya mereka telah selesai mendapatkan dos kedua sahaja.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti cara-cara yang dikongsikannya seperti berikut:
Nak ajar cara untuk keluarkan Vaccination Certificate dekat dependent korang punya phone. Senang je gais, korang follow je step bawah ni. Confirm jadi
Reminder: Buat benda ni kalau dependent korang dah complete 2 dose and batch number dah keluar je tau
Thread;
Step #1
Bukak MySejahtera pastu korang boleh click dekat ‘Profile’, scroll bawah sekali sampai juma ‘My Dependent Status’.
Click dekat nama dependent tu.
SCREENSHOT dependent punya:-
1. Digital vaccination certificate
2. QR Code Untuk tujuan keselamatan.
Step #2
Make sure dependent korang dah complete 2 dose vaccine.
Dekat korang punya phone, check dependent’s certificate, tengok dah keluar batch number ke belum. Kalau belum, JANGAN proceed to Step #3.
Step #3
Pergi dekat Home page MySejahtera, pastu click on ‘COVID-19 Vaccination’.
Pastu click dekat ‘Add Vaccination Dependent’
Kemudian click ‘Remove Vaccine Dependent’
Step #4
Dekat phone dependent korang tu. Pergi ke Home MySejahtera.
Pastu click ‘COVID-19 Vaccination’ dan register for vaccination.
SELESAI!
Akan keluar lah certificate tu nanti dekat profile.
Mana-mana dependent yang belum lengkap 2 dose vaccine lagi, korang boleh je terus remove dia as dependent dekat phone korang. Pastu suruh dorang daftar balik.
Sumber: @Addykunze