Siakap Keli
Gambar: Bernama/Twitter

MySejahtera Dikemaskini, Khairy Umum Pengguna Bakal Dipaparkan ‘Risk Level’ & Status Vaksin

Fungsi aplikasi MySejahtera kini dalam proses penambahbaikan untuk kemudahan akan datang, umum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menerusi hantaran di Twitter, Khairy berkata, fungsi baharu berkenaan adalah mengenai paparan tahap risiko dan status vaksinasi seseorang pada aplikasi tersebut.

“Pasukan @my_sejahtera akan berusaha untuk melakukan kemas kini yang terbaharu pada malam ini, (bertujuan) untuk memudahkan orang ramai memaparkan kadar risiko dan status vaksinasi – ini akan memudahkan untuk kita hidup bersama Covid.

“Kemaskini lebih lanjut dan penambahbaikan aplikasi ini akan dilakukan dalam beberapa minggu akan datang,” kata beliau.

Menurut Khairy, selain itu fungsi butang ‘check out’ juga turut ditambah pada kemas kini terbaharu MySejahtera bagi menambah baik fungsi pengesanan kontak.

“Butang ‘check out’ juga telah ditambah dalam kemas kini terbaharu MySejahtera. Ini adalah untuk menambah baik fungsi pengesanan kontak.

“Lepas meninggalkan tempat tersebut, tolong ingat untuk ‘check out’. Kamu hanya perlu tekan butang tu, tidak perlu lagi ‘scan’,” tambahnya.

Gambar: Twitter Khairy

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.