Tidak dinafikan, kita selalu dengar tentang kes kecurian data melalui email dan nombor telefon kita kan? Lebih malang lagi, membabitkan kewangan, kertas kerja dan sebagainya.
Siapa yang tidak kecewa kan kalau data peribadi kita dicuri sehinggakan ke tangan individu yang tidak bertanggungjawab seperti ‘scammer’.
Jadi, kalau korang nak tahu sama ada email atau nombor telefon korang diceroboh dan datanya dicuri atau tidak, eloklah ikut step di bawah yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Haziq Fikri.
Ini antara langkah dan cara untuk menyemak emel dan nombor telefon korang.
- Masuk ke website ‘have i been pwned‘
2. Masukkan emel atau nombor telefon korang dan klik pwned.
3. Ia akan keluar berapa banyak data yang menggunakan emel dan no telefon korang.
4. Seterusnya, ia akan menunjukkan website maan yang menggunakan data peribadi korang. Seperti di bawah, ia hanya digunakan oleh website Canva.
Untuk lebih lanjut, korang boleh tonton video di bawah. Selamat mencuba, dan jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan serta keluarga korang.
@haziqfikri_225 Hati2 ya 🔐 #TikTokGuru #TechnologyGuru #YoungCreators #Tech #websites #privacy #pwned #hack #hacker #password #email
Sumber: Haziqfikri