Dua minggu berlalu, tragedi kepala air Gunung Jerai di Kedah meninggalkan kesan yang mendalam buat penduduk di situ terutama apabila ada ahli keluarga yang terkorban.
Pun begitu, media sosial hari ini dipenuhi dengan video keadaan di beberapa kawasan iaitu termasuk di Yan dan Tupah yang kembali dinaiki air.
Menerusi beberapa perkongsian yang dimuatnaik oleh penduduk tempatan, air mengalir dengan laju dan hujan masih lagi turun di kawasan tersebut.
Tidak cuma itu, air yang deras itu juga dilihat turut bercampur dengan lumpur.
Bagaimanapun, hasil pemantauan yang dilakukan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Yan mendapati bahawa kawasan di Yan yang dinaiki air telah beransur surut.
Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Ipd Yan, kawasan jalan Titi Hayun dan kawasan Chalet Titi Hayun dinaiki air susulan hujan yang turun sejak 8.30 pagi tadi.
“Ketua Polis daerah Yan dengan beberapa Pegawai dan anggota IPD Yan telah membuat pemantauan pada jam lebih kurang 11.00 pagi di kawasan berkenaan. Hasil pemantauan disekitar kawasan tersebut mendapati keadaan kawasan yang dinaiki air hujan dan Sungai Titi Hayun telah beransur surut,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, ibu bapa juga turut dinasihatkan agar sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan memantau pergerakan anak-anak agar tidak terdedah dengan apa-apa kejadian yang tidak diingini.
Moga semuanya baik-baik saja dan semua penduduk sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.
It's comeback ππ’
Pray for Yan Kedah Malaysia π pic.twitter.com/lgCuhcJSU5— Wan Muhamad Isyraq 1999 (@Isyraq999) September 2, 2021
Hujan lebat mulai membanjiri Yan, Kedah.
Situasi terkini di Titi Hayun dan Seri Perigi pagi ini berikutan hujan lebat awal pagi ini. Semoga tiada kejadian buruk berlaku untuk kali yg kedua. pic.twitter.com/mCWhEfwM5V— Penglipur Lara (@Tok_Tek) September 2, 2021
#Tupah pic.twitter.com/9OiZucfHTn
— Kexox Kexambo π²πΎπΈπ© #Malaysia #TanahairKu (@sendudukdesa) September 2, 2021
Sumber: Ipd Yan, Twitter