Siakap Keli
Gambar hiasan | Google

Ada Cara Nak Kantoikan ‘Scammer’, Kena Semak 6 Benda Ini Dulu Sebelum Beli Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semasa buat keputusan untuk beli rumah, mesti kita sudah terbayang dalam kepala tentang faedah, tawaran, harga, peluang dan sebagainya kan? Beli rumah ini memang seronok, sebab ia adalah salah satu aset jangka panjang.

Namun jauh di sudut lain, tidak dapat dinafikan masih wujud penjenayah yang berselindung di sebalik pasaran jual beli rumah ini. Penjenayah yang kita gelarkan sebagai ‘scammer’ ini boleh muncul dalam pelbagai bentuk dan kaedah.

Oleh itu, jom kita baca tentang cara nak kenal pasti taktik scammer ini serta enam perkara penting yang kena check terlebih dahulu sebelum beli rumah seperti yang dikongsikan oleh perunding hartanah, Akram di bawah ini.

Semoga bermanfaat!

Ada cara nak kantoikan ‘scammer’, 6 benda kena ‘check’ sebelum beli rumah

“Beli rumah thru this website boleh kena scam tak?” Let me clarify. Website IProperty, PropertyGuru, Mudah, Facebook & EdgpProp semuanya reliable dan bukan port scammer.

Website tak bersalah sebab function dia untuk marketing. Developer website tak dapat nak simply bezakan iklan scam atau authentic. Info yang diletaklah yang dapat bantu pengguna bezakan.

Itu tugas kita untuk find out. Berbeza pula dengan sewa rumah. Mudah & Facebook ada reputasi yang berisiko sebagai platform sewa rumah sebab banyak kes scammer.

1) Jumpa face-to-face

Sekiranya owner diwakili agent, minta sekurangnya 1 kali dapat bersemuka dengan owner. Datang dengan rakan dan suruh record & ambil gambar, cukup untuk nampak muka owner dengan jelas.

Jika ada chance, boleh exchange gambar IC depan belakang. Penting untuk tahu nama penuh owner. Cari peluang untuk ambil gambar kenderaan dan nombor plat owner secara discreet.

Nampak macam melampau, tapi keperluan. Normally pihak polis berjaya identify individu scammer melalui nombor plat. Aku ni paranoid sikit. Bak kata orang, better be safe than sorry.

2) Cross-check geran

Minta salinan geran daripada owner. Lihat nama owner dalam geran di Rekod Ketuanpunyaan. Jika nama owner ada dalam geran, maksudnya dia memang owner sebenar atau pendaftaran hak milik sudah berjaya dilaksana sepenuhnya.

Soalan: “What if owner edit Photoshop?” (Macam mana kalau geran tu bukan asli, tapi disunting dengan Photoshop?)
Jawapan: Bila ada nombor geran, kita boleh buat carian rasmi di pejabat tanah untuk dapatkan geran yang sebetulnya.

Soalan: “Owner tak tipu, tapi kenapa nama orang lain dalam geran?”
Jawapan: Pindahan nama boleh memakan masa yang agak lama. Thats why jangan melenting dulu. Cross-check pula guna dokumen lain.

Gambar: Akram

3) Cross-check dokumen lain

Cross-check juga dokumen lain:-

  • SPA
  • bil utiliti
  • cukai taksiran
  • bil Indah Water
  • SOA

Step 3 ni adalah untuk kukuhkan Step 2. Minta daripada owner salinan sale & purchase agreement (SPA), bil api air, IWK dan statement of account (dari management office jika rumah strata bertingkat).

Nama owner memang patut ada dalam resit dan statement ini. Property valuer/bank pun memang guna cara cross-check ini untuk confirmkan ownership dan address property. Ini semua boleh minta melalui owner sendiri, agent, management office dan developer.

Gambar: Akram
Gambar: Akram
Gambar: Akram
Gambar: Akram

4) Nombor REN

Untuk sahkan lesen agent, boleh check lesen Real Estate Negotiator di web LPPEH/Board. Minta daripada agent nombor REN (RENXXXX). If tiada, minta business card & nama penuh. 

Call company agent untuk sahkan agent beroperasi di bawah firma mana. Ada juga yang guna lesen REA/E/V.

Gambar: Akram
Gambar: Akram

5) Wajib ada middleman (orang tengah)

Lantik lawyer atau agent. Run background check. Booking fee, earnest deposit & deposit hanya boleh transfer kepada mereka ini sahaja. JANGAN TRANSFER DIRECT kepada owner!

Duit perlu transfer hanya ke akaun client yang dipantau oleh syarikat. Lebih terjamin.

6) Check nombor akaun scammer

Check nombor akaun scammer. Link – semakmule.rmp.gov.my. If agent/owner insist minta transfer duit ke akaun individu, jangan transfer. Alang-alang, check nombor akaun di CCID portal.

Portal ini boleh reveal nombor akaun mana yang telah dikaitkan dengan salah laku atau jenayah scam.

Gambar: Akram

If korang berminat nak belajar banyak lagi tentang property, boleh subscribe Youtube channel aku. Aku akan jawab semua soalan. Link – youtu.be/8wkJs-7ueOQ

Aku ajar basic, cara paling mudah faham, disokong oleh fakta, pengalaman dan dokumen.

Sumber: Twitter Akram

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.