Siakap Keli

Sara Enam Orang Anak, Ibu Tunggal Mohon Bantuan RM5k Untuk Buat Modal Berniaga

Bukan mudah untuk menjadi ibu tunggal dan membesarkan anak-anak yang ramai. Segala kelengkapan dan keperluan anak perlu diberikan secukupnya, namun terkadang nasib tidak menyebelahi walaupun telah mencuba sehabis baik.

Perkongsian aktivis masyarakat, Natipah Abu, menerusi slot Sedekah Jumaat pada hari ini mengisahkan tentang ‘pergelutan’ seorang ibu tunggal yang berusaha untuk menyara enam orang anak.

Pelbagai laluan sukar yang telah dirasai selepas ditinggalkan suaminya termasuk mengalami sakit. Pun begitu, dia tetap bangkit demi anak-anak.

Kini mengorak langkah untuk mencuba berniaga, dia memerlukan bantuan modal sebanyak RM5,000. Mari ikuti kisahnya lebih lanjut menerusi perkongsian di bawah ini.

SEDEKAH JUMAAT
IBU TUNGGAL
MODAL BERNIAGA
KEPERLUAN RM5K
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU ‭552107617521‬

“ Assalamualaikum saya liza, ibu tunggal ank 6. Saya nak cerita kisah hidup saya yg tidak dapat dilupakan di sini sbg pengajaran buat kita semua.

Suami saya dulu sorang anggota pasukan keselamatan dan agak panas baran . Walaupun berkerja dengan kerajaan tetapi duit tidak pernah cukup untuk saya dan anak anak .

Anak saya 4 orang semasa suami masih berkhidmat. Potongan gaji wajib untuk saya, sebanyak RM150 tetapi saya tidak pernah merasa ada duit atau guna duit itu sebab kad bank saya dia yang pegang.

Tamat perkhidmatan, dia betukar kerja membawa minyak hitam dan besi buruk . Wang hadiah persaraan dihabiskan entah ke mana.

Memandangkan keadaan saya yg memerlukan duit untuk menyara anak- anak , terpaksa bekeja di sebuah kilang.

Saya berhenti kerana masalah pengasuh. Suami saya pula kemudiannya berpindah ke KL dengan alasan mencari kerja baru setelah tamat perkhidmatan.

Jujur .. saya tak tahu apa pekerjaannya di sana. Duit pun tidak pernah saya terima dari dia.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk balik dan tinggal menyewa tidak jauh dari keluarga dengan harapan akan meringankan kehidupan saya.

Saya mula masuk ke kebun bersama ayah untuk motong getah bersama ayah dalam keadaan hamil 6 bulan anak ke 5.

Bermacam dugaan saya lalui saat ini. Pernah juga kerana letih, saya terjatuh motorsikal ketika pergi ke kebun.

Rezeki anak-anak, tidak lama selepas itu saya mendapat tawaran bekerja sebagai tukang masak.

Ketika saya sedang berkerja itulah, saya mula rasa sakit hendak besalin . Alhamdulillah … kawan-kawan di tempat kerja yang ketika itu membantu saya, menghantar saya.

Anak saya menelefon suami memberitahu bahawa saya sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Namun jawapan si ayah … jika dia ada masa nanti, dia akan balik ke kampung.

Hanya Allah saja yang tahu betapa siksanya saya menanggung semua. Anak yang kelima ini … ayah sayalah yang qomatkan. Suami hanya pulang setelah anak itu berusia 5 bulan.

Habis tempoh pantang, saya mula masuk kerja semula. Anak saya yang bongsu, dijaga oleh anak sulung saya yang baru berusia 15 tahun.

Kepada anak yang baru tingkatan 3 itulah saya serahkan tugas menjaga semua adik-adik. Saya perlu bijak menyusun syift kerja sbg tukang masak, selaras dgn jadual anak-anak.

Walaupun sakit dengan apa yg suami lakukan namun demi anak-anak, saya tetap memberinya peluang.

Suatu hari anak sulung mengadu, suami saya mengamuk di rumah semasa ketiadaan saya pergi bekerja.

Saya yang sangat terkejut itu nekad memarahi suami atas perbuatannya.

Bagi saya .. dia tidak berhak buat begitu kepada anak-anak kerana selama ini sayalah yang menjaga dan membesarkan mereka.

Saya bergaduh besar pada hari itu. Dia menendang semua makanan yang saya bawak balik dari tempat kerja untuk anak-anak lalu dicampakkan ke dalam tong sampah.

Hati saya hancur kerana kesian anak-anak yang sememangnya menanti hendak makan lebihan makanan yang saya bawa balik.

Saya dimaki hamun, ditendang dan ditolak ke dinding. Anak-anak menangis ketakutan dan saya cuba bertahan utk anak-anak.

Saya sempat berbisik kepada anak sulung agar membawa semua adik-adik pulang ke rumah ibu saya dan tunggu saya di sana. Saya tidak sanggup, mereka melihat bagaimana saya dibantai suami.

Gambar Via Natipah Abu

Pada hari itu … saya pun ditalakkan suami. Berakhirlah derita saya selama enam belas tahun menjadi isterinya. Saya nekad ingin memulakan hidup baru dan bekerja seperti biasa.

Dua minggu selepas diceraikan .. saya demam panas dan pemeriksaan doktor mendapati saya telah hamil lagi.

Ya Allah… masa tu saya sudah tak kuat lagi. Lepas satu , datang lagi satu dugaan. Yang ada di dalam fikiran saya …cuma hendak buang saja anak itu.

Kuasa Allah .. pada satu malam, saya bermimpi, nampak seorang budak kecil menangis sambil memandang saya. Allah .. saya mula jadi kuat setelah mimpi tu.

Saya terjaga dan bangun mengambil wuduk lalu solat dan memohon ampun kepada Allah. Alhamdulillah .. sekarang anak bongsu dan anak ke 6 saya ini sudah pun berusia 4 tahun. Tapi dugaan datang lagi bila anak sulung saya disahkan sakit tulang belakang yang dipanggil scolisis.

Kadang-kadang setiap hari dia mengadu sakit ..sampai saya sudah tak tahu apa lagi yang harus dilakukan.

Sudah dua tahun saya berhenti sebagai tukang masak kerana majikan telah tamat kontrak. Sepenuh masa kini, saya motong getah di tanah kerajaan tanpa izin.

Selain anak lelaki yang bekerja dengan bot nelayan, dengan hasil motong getah itulah saya menyara kehidupan sejak dua tahun lalu.

Motong getah dan pendapatan kerja dengan bot nelayan adalah sama, tidak tetap dan bergantung kepada cuaca. Mujurlah ada wang bantuan dari JKM. Ringanlah sedikit.

Perjalanan hidup saya banyak yang pahit. Jarang sekali indah seperti orang lain terutamanya ketika bersuami dulu.

Orang lain … ada suami boleh bawa anak-isteri keluar makan dan jalan-jalan. Paling tidak pun setahun sekali utk beli baju raya. Tapi saya dan anak-anak, tak pernah merasa semua itu.

Sekarang … anak-anak nak makan KFC pun, belum tentu lagi boleh. Saya kena fikir banyak kali nak beli. Dari beli KFC baik simpan duit untuk bayar sewa rumah, bil api dan air lagi”

Itulah luahan panjang lebar Puan Liza kepada kita. Oleh kerana beliau berpengalaman sbg tukang masak maka kita ingin memodalkah beliau utk sebuah gerai makanan.

Kita juga akan menyelesaikan tunggakan sewa rumah dan bil-bil utiliti lain yang turut tertunggak.

Maka itu .. Sedekah Jumaat kita diakad untuk membantu Puan Hezliza Abu Bakar ( 41 tahun ) dan 6 orang anaknya yang berusia 4 hingga 20 tahun .

Jumaat yang barakah, Allah tak akan pernah menguji di luar kemampuan kita.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sumber: Natipah Abu

Sofea

There's always another side to every story