Siakap Keli

“Selain Harga, 5 ‘Benda’ Ni Saya Akan Tengok Sebelum Beli Rumah Untuk Keluarga”

Sebelum nak beli rumah mesti banyak benda kita perlu pertimbangkan, lebih-lebih lagi rumah untuk menempatkan seluruh keluarga. Antaranya, dekat ke dengan sekolah untuk anak-anak? Akses nak ulang-alik kerja? Serta beberapa perkara seperti pusat membeli-belah dan kemudahan lain.

Perkongsian SK kali ni mungkin berguna untuk mereka yang kali pertama nak beli rumah dan masih pening kepala nak fikir kat mana nak mula dulu.

“Selain harga, lima benda ni saya akan tengok dulu sebelum nak beli rumah untuk keluarga.”

Apakah lima (5) perkara tu? Jom kita sama-sama tengok. Semoga bermanfaat untuk korang semua.

  1. Selamat tak kawasan tu?

Bila dah survey satu-satu kawasan tu, cuba tengok dan tanya diri, “Selamat tak kawasan ni?” Pastinya, setiap daripada kita, sebagai tuan rumah mahukan kediaman dan kejiranan selamat daripada panas, hujan, serta bahaya luar yang memberi ancaman untuk anda sekeluarga.

Apa guna kalau diri sendiri pun rasa tak selamat?

  1. Berapa besar ruang parking?

Mungkin ada yang nampak isu ni remeh, tapi bila dah lama-lama tu mulalah nanti bergaduh laki bini, apatah lagi kalau dua-dua bekerja. Seiring dengan kecanggihan zaman sekarang n yang masing-masing memerlukan kenderaan untuk bergerak, isu parking ni seharusnya menjadi faktor penting dalam pertimbangan anda sebelum beli rumah.

  1. Apa je ada di unit projek?

Untuk rumah landed khususnya, pertimbangkan jenis-jenis fasiliti yang ada dan pastinya berguna untuk anda sebagai penduduk. Ada projek yang menawarkan taman, keahlian clubhouse, dewan dan sebagainya.

Projek yang SK akan kongsi nanti pun menawarkan fasiliti terbaik dengan komuniti gated dan guarded! Sambung baca.

  1. ‘Crowd’ tak kawasan tu?

Ada yang sukakan kejiranan yang padat, tapi daripada segi pemilihan rumah terutamanya untuk yang berkeluarga, kejiranan yang padat akan menyumbang masalah seperti trafik. Tanya balik diri sendiri, okay ke duduk dalam suasana sesak dan sibuk?

  1. Dekat tak dengan kemudahan fasiliti anak-anak dan orang rumah?

Semestinya perkara kelima ini perlu dititikberatkan sebaik-baiknya kerana perlu mengambil kira kesesuaian untuk ahli keluarga lain. Bagi yang mempunyai anak, pusat pendidikan merupakan faktor terbesar dalam penentuan pemilihan kediaman.

Selain itu, kemudahan lain seperti surau, tempat rekreasi, hospital serta pusat membeli-belah.

Beli rumah duduk sendiri tak sama macam nak beli untuk tujuan investment.

Banyak faktor yang perlu dikaji kerana melibatkan keluarga kita sendiri. Untuk yang malas nak fikir banyak, SK nak mudahkan perancangan pembelian anda dengan kongsikan projek baru yang memenuhi kriteria untuk kelima-lima aspek yang kita bincangkan tadi.

Terletak dalam township baru di Bandar Sri Sendayan dengan reka bentuk terkini dan moden, CELYN Bayu Sutera ‘mencipta’ kediaman idaman anda sekeluarga.

Ada apa di Bayu Sutera?

1. Jaringan Lebuhraya lengkap

  • Lebuhraya Utara – Selatan
  • Lebuhraya Seremban – Port Dickson
  • KLIA Lingkage
  • Lebuhraya Senawang – KLIA Expressway (Dalam cadangan)

2. Dikelilingi pembangunan kemudahan fasiliti terbaik di Bandar Sri Sendayan

  • Terletak di tengah-tengah Bandar Sri Sendayan (The heart of Bandar Sri Sendayan)
  • Sendayan Merchant Square
  • Sendayan X-Park
  • D’tempat Country Club
  • Sendayan Metropark
  • Sendayan TechValley

3. Kemudahan pilihan pusat perubatan terbaik

  • Hospital Columbia Asia (11km)
  • Hospital KPJ Seremban Specialist (12km)
  • Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (14km)

4. Kemudahan pusat pendidikan

  • SMK (Felda) Seri Sendayan (2km)
  • SJK T Bandar Sri Sendayan (4km)
  • SJK C Tung Hua S2 Heights (7km)
  • Nilai University (24km)
  • INTI International University (25km)
  • Matrix Global Schools
  • SJK C Bandar Sri Sendayan
  • SMK Bandar Baru Seri Sendayan

5. Kemudahan pusat membeli-belah dan pusat komersial

  • Mydin Hypermarket Seremban 2 (8km)
  • AEON Seremban 2 (9km)
  • Tesco Extra Seremban 2 & NSK Trade City Seremban (11km)
  • Palm Mall (12km)

Dilengkapi taman rekreasi tersendiri dan ciri-ciri keselamatan terbaik untuk keluarga.

Pembangunan Bayu Sutera melibatkan kawasan seluas 216 ekar ini terbahagi kepada empat presint dimana setiap kawasan dilengkapi dengan taman rekreasi tersendiri untuk memenuhi gaya hidup masa kini dan pastinya dengan ciri-ciri keselamatan terbaik untuk kehidupan harmoni bersama orang yang tersayang.

Merupakan projek yang dibangunkan oleh pemaju hartanah Matrix Concepts Holdings Bhd., Bayu Sutera lengkap dengan fasiliti dan kemudahan moden serta menawarkan persekitaran kejiranan tenang dan menepati rumah impian kebanyakan orang.

Selain kawasan perumahan yang elegan, Bayu Sutera mempunyai Central Park Breezeway dengan unsur air menjadikan ‘port’ ini antara fasiliti riadah paling berguna untuk residen disini. Ia juga turut dilengkapi gelanggang futsal, taman permainan kanak-kanak, trek basikal, trek jogging, jalan refleksologi serta amfiteater.  Pemandangan hijau di sini memberikan keselesaan untuk melakukan aktiviti santai sambil mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga.

CELYN, Bayu Sutera perumahan moden dua tingkat dengan keluasan binaan 2,142 kaki persegi; empat bilik tidur dan tiga bilik mandi (lot pertengahan dan akhir) atau empat bilik mandi (lot tepi).

Kediaman di CELYN menitik beratkan keselamatan penduduk dengan penyediaan CCTV serta pondok rukun tetangga.

 CELYN terbahagi kepada dua jenis unit rumah terdiri daripada jenis A dan B dengan jumlah sebanyak 325 unit kediaman.  Daripada segi ruang, CELYN lengkap dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur yang luas.

Setiap pemilik Bayu Sutera juga layak menjadi ahli kelab d’Tempat Country Club dan penyertaan ahli diberikan secara PERCUMA selama 5 penggal. Setiap ahli dapat menggunakan pelbagai fasiliti yang disediakan antaranya seperti kolam mandi, gymnasium, aqua gym, fasiliti sukan, cineplex, playroom untuk kanak-kanak dan pelbagai lagi

Merupakan kediaman atas tanah status pegangan bebas, harga CELYN bermula dari RM529, 999 termasuk lokasi strategik, kawasan kediaman kondusif serta reka bentuk kediaman moden kotemporari dengan kemudahan asas lengkap.

Berminat mengetahui lebih lanjut, layari https://bayusutera.com/siakapkeli/ atau hubungi 1800-88-2688.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.