Siakap Keli

(Video) Dua Kali ‘Scan’ Dahi Di Alat Pengimbas Suhu, Aksi Nakal Oyen Buat Ramai Terhibur

Kalau sudah namanya Oyen, mesti dah boleh agak kan perangai nakal si bulus ni macam mana. Dialah yang paling gengster dalam spesiesnya, dia jugalah yang paling banyak buat hal dengan manusia dan makhluk lain.

Baru-baru ini, sekali lagi Oyen buat hal apabila dia bermain dengan alat pengimbas suhu yang diletakkan di tepi pintu sebuah premis jagaan haiwan peliharaan.

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok Boboypetstation, kelihatan seekor kucing bernama Oyen memanjat kotak yang disusun bersebelahan alat pengimbas suhu tersebut.

Namun apa yang kelakarnya, si bulus ini secara tidak sengaja telah menggerakkan kepalanya betul-betul di depan pengimbas suhu berkenaan. Tak pasal-pasal, terpapar bacaan suhu badannya di skrin pengimbas itu.

Setelah pengimbas tersebut ‘melaporkan’ bacaan suhunya dengan audio yang berbunyi ‘normal temperature’, Oyen macam tak puas hati lagi lalu dia kembali melalukan kepalanya sekali lagi.

Situasi lucu ini sempat dirakam oleh petugas premis terbabit sebelum dimuat naik ke TikTok siang tadi. Oleh itu jom kita layan video Oyen buat hal main alat pengimbas suhu di bawah ini.

@boboypetstation

Reply to @fatennursyahirah_92 😌 #fyp #oyen nican turbo punya perangai

♬ original sound – boboypetstation – boboypetstation

Dalam video ini, tertera ayat “Oyen kalau tak buat hal, bukan nama Oyen laa tu. Betuii dak Oyen clan semua..”. 

Video menghiburkan hati ini telah ditonton lebih 41,000 kali setakat artikel ini ditulis. Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat nakal si Oyen ‘bertuah’ ini.

Menerjah ke ruangan komentar, ramai netizen berkongsi reaksi mereka yang ‘tak kering gusi’ melihat si bulus ini. Jom kita baca apa kata netizen.

“Oyen macam keta Myvi juga selalu buat hal” – Sufian

“Kenapa awak kata dia ada Covid….” – Ghost

“Sah, Oyen makhluk asing…” – Nurul

“Dia lagi helok ikut SOP…” – Baby

Sumber: TikTok Boboypetstation 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.