Siakap Keli

Jeti Kuala Kedah Tutup, Ini Jadual Feri Jeti Kuala Perlis Untuk Anda Yang Perlu Ke Langkawi

Keputusan kerajaan membenarkan aktiviti perlancongan ke Pulau Langkawi bermula pada 16 September ini terbatas apabila jeti Kuala Kedah termasuk dalam kategori zon Mukim Kuala Kedah akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula 6 September ini.

Justeru itu, para pengguna akan menggunakan perkhidmatan feri di Kuala Perlis.

Menerusi laman Facebook Jetty Point Complex Langkawi telah mengemaskini kekerapan satu perjalanan sehari iaitu dari Langkawi ke Kuala Perlis pada jam 11 pagi dan Kuala Perlis ke Langkawi akan bermula pada 1 tengah hari.

Kekerapan perjalanan feri akan ditambah jika mendapat permintaan. Jumlah kapasiti penumpang pada satu-satu masa hanya 50% dibenarkan dari jumlah keseluruhan tempat duduk dalam feri.

Selain itu, pihak Jetty Point turut menyeru kepada penumpang – penumpang yang telah membeli tiket bagi perjalanan Langkawi – Kuala Kedah – Langkawi dibenarkan untuk:

1. Membuat tuntutan bayaran balik harga tiket melalui email seperti mana tercatat pada boarding pass bagi pembelian online atau
2. Membuat tuntutan bayaran balik di kuanter bagi pembelian kuanter atau
3. Menukar perjalanan keluar masuk melalui Terminal Kuala Perlis.

 

Sumber: Jetty Pont Complex Langkawi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.