Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan maut di Kerala, India pada Ahad akibat virus Nipah, lapor News18.com.
Menurut portal itu, kanak-kanak tersebut meninggal dunia pada jam 5 pagi dan disahkan positif virus berkenaan.
Berikutan itu, menteri kesihatan negeri berkenaan, Veena George berkata, kesemua kontak rapat mangsa telah dikenalpasti dan diasingkan.
Kes pertama melibatkan virus Nipah (NiV) di selatan India telah dilaporkan di daerah Kozhikode, Kerala pada 19 Mei 2018. Sebanyak 18 kes dengan 17 kematian dilaporkan sehingga 1 Jun tahun yang sama, lapor News18.com.
Tambah portal tersebut, virus itu muncul kembali pada 2019, namun hanya melibatkan satu kes yang kembali pulih daripada virus berkenaan.
Sumber: News18.com