Siakap Keli

Dituduh Pakai Jam Tangan Mewah Jenama Rolex, Menteri Agama Dedah Jenama Jam, Siap Ada Waktu Solat

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ada pihak yang mendakwa Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Idris Ahmad memakai jam tangan mewah jenama Rolex apabila gambarnya sedang berdoa di dalam pejabat tersebar.

Tampil menjawab dakwaan itu, Idris Ahmad menyatakan bahawa. jam itu bukanlah jenama Rolex seperti yang didakwa tetapi jam jenama Buruj yang disertakan waktu solat dan arah kiblat.

Tambah Idris Ahmad lagi, beliau mudah untuk solat dimana-mana sahaja dengan mudah kerana senang untuk menentukan arah kiblat termasuk solat di dalam pejabatnya.

Sumber: Idris Ahmad

 

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.