Siakap Keli
Gambar: Lintas Balikpapan

“Saya Cuma Mahu Menipu,” ‘Runner’ Tanggung Rugi Rupanya Kena ‘Prank Order’

Baru-baru ini, viral di media sosial sebuah kisah seorang penghantar makanan yang dipercayai telah mendapat tempahan “prank” dengan nilai yang mencecah hampir RM290.95. Kisah yang dikongsikan melalui akaun Instagram @lintas_Balikpapan itu telah membuatkan ramai warganet berasa geram.

Menurut portal, pelanggan yang membuat tempahan “prank” itu dikatakan telah mengakui secara terang-terangan niatnya yang hanya ingin menipu sedangkan penghantar makanan tersebut sudah mendahulukan duitnya untuk membayar makanan yang ditempah. Pembeli tersebut dipercayai telah membuat tempahan tiga kotak pizza 1 meter yang bernilai RM278.44dari salah sebuah restoran terkenal.

Kredit: Instagram martapurapedia

Sementara itu, terdapat juga sebuah gambar screenshot yang memperlihatkan perbualan antara penghantar makanan dengan pelanggan tersebut. Penghantar makanan itu dikatakan sudah menghubungi Amanda namun balasan yang diterima di luar dugaan apabila dia mengakui hanya menipu sambil menyelitkan emoji ketawa.

“Hahahahaha saya cuma mahu menipu hahahahaha,” tulis pelanggan tersebut dalam ruangan mesej. Menurut portal, masih belum ada perkembangan terbaru mengenai penghantar makanan itu tetapi ramai warganet memberi sokongan kepadanya. Beberapa warganet bahkan menawarkan diri untuk membeli pizza tersebut karena berasa kasihan dengannya.

“Ya Allah semoga rezeki abang driver tu dibalas berlipat-kali ganda.”

“In shaa Allah akan diganti dengan rezeki yang lebih melimpa.”

Sebenarnya, kejadian serupa kerap kali terjadi sebelum ini seperti sebuah kisah yang dikongsikan melalui akaun lambe_ojol pada bulan Jun yang lalu. Melalui perkongsian tersebut, penghantar makanan yang terlibat dikatakan mengalami kerugian hampir RM291.68. Kejadian tersebut membuat warganet berasa lelah kerana di situasi pandemik ini masih ada orang yang tergamak melakukan hal yang sedemikian.

Sumber: yoursay.id

Hanis Lyana