Bila nak hantar motorsikal atau kereta untuk dibaiki, mesti kita nak hantar dekat kedai yang kita dah biasa pergi kan. Kat tempat korang pun mesti akan ada kedai repair paling legend dan jadi tumpuan ramai walaupun kedai tu kecik je.
Bagi penduduk sekitar Kajang, mungkin korang cukup kenal dengan Uncle Kumar yang legend bab-bab repair ni. Kalau penduduk Kajang rasa pelik kenapa kedai Uncle ni tak bukak, lelaki ni ada jawapannya.
Melalui sebuah hantaran oleh pengguna Facebook, Muhammad Hanif Abu Bakar, lelaki ni memaklumkan yang Uncle Kumar dah pindah dari kedai lamanya dan kini buka kedai sendiri di kawasan berhampiran.

“Pindah dah dia rupanya. Patutla kedai lama tutup.
“Uncle ni lejen bab repair rim motor atau kereta.
“Buka kedai sendiri dah dia.
“Tak jauh mana la dari kedai lama,” tulis Hanif dalam hantarannya.
Merujuk gambar yang dimuatnaik Hanif, kedai baru Uncle Kumar ni sekarang beralamat di No. 39, Jalan Seksyen 2/9, Kawasan Perindustrian Kajang Utama.

Tambah pengguna Facebook tersebut, kalau ada penduduk sekitar Kajang yang nak hantar repair, boleh hubungi Uncle Kumar di talian 012-6444578.
Sumber: Muhammad Hanif Abu Bakar