Siakap Keli
Gambar: Bernama

(Video) Myvi Kuning Remuk Teruk Dirempuh Lori, Pemandu Dilapor Selamat Dirakam Keluar Dari Kereta

Satu kemalangan melibatkan sebuah lori dan lima kenderaan lain dilaporkan berlaku di Jalan Ipoh, Sentul pada 2.34 petang tadi, lapor Bernama.

Dalam kejadian itu, sebuah lori yang dipercayai mengalami masalah brek telah hilang kawalan sebelum melanggar lima kenderaan lain termasuk sebuah Myvi yang remuk teruk.

Dalam rakaman orang awam yang dikongsikan oleh Bernama, seorang lelaki dipercayai pemandu Myvi kuning tersebut dilihat keluar dari kenderaan yang boleh dikatakan berada dalam keadaan ‘total lost’. Walau bagaimanapun, pemandu berkenaan dilaporkan selamat.

Berita lanjut bakal menyusul.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: