Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

(Video) Rambut Palsu ‘Melayang’ Ketika Berayun Di Udara, Lelaki Lega Wanita Serahkan Kembali ‘Mahkotanya’

Seorang lelaki di China mendapati bahawa memakai rambut palsu dan berjalan-jalan di taman tema hiburan bukanlah satu tindakan yang bagus setelah dia mengalami sendiri kejadian yang melucukan ketika menaiki sebuah ayunan pendulum. Sewaktu ayunan pendulum tersebut berputar ke atas, rambut palsu yang dipakainya terbang dan terjatuh ke tanah.

Dalam sebuah video yang dirakam oleh seorang wanita di taman itu, kelihatan sebuah objek hitam melayang ke udara. Klip video kemudian beralih kepada seorang lelaki botak yang sedang mencari rambut palsunya dengan malu-malu. Wanita itu kemudiannya menegur lelaki tersebut sambil membawa rambut palsu yang ditemuinya, “Encik, adakah ini milik awak?” ujar wanita berkenaan.

Lelaki tersebut kelihatan lega lantas berlari ke arah wanita tadi untuk mengambil rambut palsunya. Kedengaran lelaki tersebut mengucapkan terima kasih kepada wanita yang menemui rambut palsunya itu.

Kejadian lucu ini telah mendapat perhatian ramai warganet dengan komen-komen yang menarik di laman blog mikro Cina Weibo.

“Saya rasa saya kehilangan rambut kerana ketawa begitu banyak!” 

“Baik sungguh gadis yang mengembalikan rambut palsu tu!” 

Sumber: Daily Mail 

Hanis Lyana

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.