Siakap Keli

Ibu Meninggal Dunia, Tinggal Anak 9 Tahun Dan Suaminya Yang Berkerusi Roda

DAMANSARA : Melihat ayahnya yang hanya mampu berada di kerusi roda, tanpa mampu  berjalan bagi mencari rezeki itu sudah cukup memilukan. Apatah lagi beliau kini terpaksa menjaga ayahnya seorang diri selepas ibunya meninggal tiga bulan yang lalu.

Itu juga kepiluan yang dihadapi oleh si ayah, Wong Kon Foo, yang terpaksa menggunakan kerusi roda bagi bergerak ke mana-mana akibat penyakit yang dihadapinya sejak enam tahun lalu.

Dalam pada itu, anaknya perempuannya, Suki juga mungkin terpaksa melupakan hasrat menjalani sesi persekolahan nanti kerana tiada yang mampu menghantar dan menjemputnya ke sekolah.

“Sudah enam tahun saya kena guna kerusi roda untuk bergerak ke mana-mana, saya hidup berdua sahaja dengan anak saya yang baru berumur sembilan tahun, saya tak mampu nak jaga dia seorang diri, isteri saya sudah meninggal dunia tiga bulan lalu dan sekarang kami tinggal berdua sahaja.

“Saya risau dan buntu fikir macam mana nak jaga anak saya, saya sudah tiada sumber kewangan dan tak mampu nak kerja lagi, tiada siapa yang boleh bawakkan dia ke sekolah dengan keadaan saya macam ini.

Menurutnya, anaknya itu sahajalah tempat dia bergantung bagi membeli makanan, membeli barang dan membuat kerja rumah.

Tanpa mata pencarian dan sumber kewangan menyebabkannya bermasalah bagi membayar sewa rumah.

Namun, Wong bersyukur kerana ada kawan-kawan dan jiran yang sudi membantu menjenguknya serta bertanyakan khabar, malah ada juga sudi membantu daripada segi kewangan.

Sebaik mengetahui kisah Wong, Majlis Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) segera ke sana bagi memberikan sumbangan berbentuk bekalan makanan dan juga sokongan semangat.

“Tapi nasib baik ada kawan dan jiran yang tolong sikit-sikit, hari ini MAPIM datang sumbangan pada saya, saya berasa gembira sangat-sangat kerana mereka sudi datang melawat saya,” katanya ketika ditemubual UmmahToday.

Untuk rekod, MAPIM meneruskan lagi inisiatif menyantuni ummah dengan menyalurkan bantuan kepada mereka terkesan akibat Covid-19.

MAPIM telah menjalankan kolaborasi bersama Kelab Kebajikan Anggun Karisma Damansara Damai bagi mengagihkan 100 kotak makanan kepada penduduk di sekitar kawasan itu.

Oleh Hafeez Anuar

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Siti Fatimah