Siakap Keli
Kredit: India Today

Pengguna WhatsApp Boleh Dikenakan Denda Cecah Bilion Rupiah Dan Penjara Jika Hantar ‘Sticker’ Lucah

Pengarah Indonesia ICT Institute, Heru Sutadi menegaskan bahawa tindakan mengirim sticker yang mengandungi unsur pornografi di media sosial Whatsapp merupakan suatu kesalahan di bawah Undang-Undang  Informasi dan Transaksi Elektronik, lapor portal.

Ketegasan mengenai perkara ini perlu dibuat memandangkan banyak sticker yang tidak senonoh telah tersebar sehingga mendatangkan kerisauan terhadap pengguna Whatsapp.

“Kita akan membuat penilaian mana content yang melanggar kesusilaan dan mana yang biasa-biasa saja, termasuk gambar atau video,” ujarnya. Tambah Heru, penilaian dan kefahaman seseorang terhadap perkara-perkara yang dikatakan mempunyai unsur pornografi ini berbeza-beza. Tetapi, jika ada gambar yang dengan jelasnya memperlihatkan alat kelamin, payudara dan bogel, maka ia termasuk dalam kategori pornografi.

Menurut portal, jika seseorang itu menyebarkan sticker yang berunsur 18+, maka dia dianggap telah melanggar undang-undang dan akan dikenalan Pasal 6 UU Pornografi. Kenyataan ini dikeluarkan langsung oleh Nabillah Saputri dari Divisi Akses Informasi Online SAFEnet.

Sementara itu, Pengarah Jenderal Aplikasi dan Informatika, Kominfo Samuel Abrijani Pangerapan juga menegaskan bahawa pesalah akan mendapatkan hukum yang berat jika memang berlaku kesalahan sesuai dengan undang-undang yang telah ditetapkan. Mereka boleh dikenakan hukuman penjara minimum 6 bulan sehingga 12 tahun, dan/atau denda sekurang-kurangnya RM72880.88 sehingga RM1,744,149.79.

Sumber: Pos Kota

Hanis Lyana