Siakap Keli
Kredit: Tiktok ikhwanmeteor

Tak Perlu ‘Install’ Aplikasi Tambahan, Ini Cara Cepat Nak Buka MySejahtera Kat Telefon Android

Setiap kali nak masuk ke kedai atau premis perniagaan, mesti kena scan MySejahtera supaya maklumat kita dapat direkodkan telah mengunjungi premis berkenaan. Tapi kadang-kadang, nak cari aplikasi MySejahtera agak susah di sebalik aplikasi-aplikasi lain yang banyak di dalam telefon pintar.

Sebelum ni, ramai pengguna Iphone tunjuk cara buka MySejahtera dengan hanya menggunakan back tap. Tetapi sebenarnya pengguna Android pun boleh bukak aplikasi tersebut dengan cara yang lebih cepat dan lebih mudah tanpa perlu masukkan password. Jadi, tiadalah tercari-cari aplikasi MySejahtera dekat dalam handphone tu. Tidak perlu belek-belek lama, terus keluar aplikasi MySejahtera lepas ikut langkah-langkah seperti yang dikongsikan oleh saudara Ikhwan di laman Tiktok.

  1. Pergi ke Setting dan klik Convenience Tools
  2. Klik Gestures & motions
  3. Turn on Screen-off Gestures
  4. Klik Slide Right atau mana-mana pattern yang diinginkan.
  5. Pilih Start an App
  6. Klik aplikasi MySejahtera

Nak lebih faham, jom tonton video di bawah.

@ikhwanmeteor

Cara paling cepat buka MySejahtera, harap membantu 😃✌️ #fy #fypシ #foryou #fyp #tiktok #tips #lifehack #mysejahtera #tiktokmalaysia #esekeli #BellaKau #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Ikhwan_Suhaimi – Ikhwan_Suhaimi

Sumber: Tiktok ikhwanmeteor 

Hanis Lyana