Kerajaan sebentar tadi menerusi Kenyataan Media Perdana Menteri telah mengumumkan kelonggaran SOP Fasa Satu bagi penggiat industri kreatif lengkap dos vaksin COVID-19 mulai 9 September ini.
Antara aktiviti yang dibenarkan adalah aktiviti panggung wayang kepada individu yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti 50% di ruang dewan tayangan pawagam. Walau bagaimanapun, aktiviti ini hanya dibenar beroperasi kembali mulai 9 September ini.
Menurut kenyataan tersebut, kelonggaran itu diharapkan dapat memberi manfaat kepada lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja dalam industri berkenaan, termasuk mereka yang telah langkap dua dos vaksin di negeri-negeri fasa satu.
Tambahnya, kelonggaran tersebut diberi berikutan terdapat negeri-negeri yang telah mencapai kadar vaksinasi lengkap 80 peratus dalam kalangan individu dewasa.
Aktiviti panggung wayang dibenar dengan kapasiti 50 peratus individu lengkap vaksinasi di dewan tayangan – PM @IsmailSabri60 pic.twitter.com/uMbR735l6G
— BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) September 7, 2021
Sumber: Bernama