Siakap Keli

(Video) Kasihan Anak Nak Main Basikal Tapi Malu Pinjam Dari Kawan, Ibu Keluarkan Simpanan Duit Syiling Beli Basikal Baru

Sejak dahulu lagi, bermain basikal merupakan salah satu aktiviti kegemaran kanak-kanak bersama rakan-rakannya. Tetapi kadang kala, tidak semua kanak-kanak beruntung dan berkemampuan untuk mempunyai basikal sendiri.

Seperti sebuah kisah yang viral baru-baru ini, seorang kanak-kanak menangis menginginkan sebuah basikal kerana malu asyik meminjam kepada rakannya. Video mengenai kisah ini dikongsikan menerusi akaun Tiktok @nii_qwenshy pada bulan Julai yang lalu.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak sedang bermain-main dengan rakannya yang menaiki basikal. Dia kemudiannya pulang ke rumah dan pergi ke arah ibunya. “Nak pinjam basikal kawan tapi malu. Nak basikal,” rengek budak kecil itu kepada ibunya.

@nii_qwenshy

uang logam penyelamat,sayang anak .. #fyp #kasihibu #ppkm #viral #tiktok #tiktokindonesia

♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Menurut portal, ibunya yang bekerja sebagai peniaga warung perlu mengumpulkan wang terlebih dahulu demi membelikan anaknya sebuah basikal. Tetapi untungnya setiap kali ada duit syiling, sang ibu pasti akan menyimpannya di sebuah tabung. Si ibu lantas membuka tabung tersebut dan membuat pengiraan. Setelah berasa cukup, dia pun membeli sebuah basikal roda empat bersama anaknya.

Keesokkan harinya, kami pusing-pusing mencari kedai basikal sebab sekrang kan tengah PPKM, semua kedai pasti tutup. Nasib baik ada satu kedai yang buka. Alhamdulillah akhirnya boleh belikan dia basikal. Dia nampak seronok. Terima kasih duit syiling yang selalu jadi penyelamat ketika diperlukan. Jangan pandang rendah dengan duit syiling tau,” cerita wanita berkenaan.

@nii_qwenshy

Balas @user2510039146193 Alhamdulillaah terimakasih kk.. #fyp #sayanganak #merdeka

♬ suara asli – Milan indramayu – Milan indramayu

Video tersebut menjadi viral dengan jumlah tontonan mencecah ratusan ribu kali dan mendapat banyak komen daripada warganet yang turut bahagia melihat kanak-kanak itu bahagia.

“Patutlah adik itu menangis nak basikal. Dah pandai bawak rupanya. Semoga lancar ya rezeki orang tuamu.”

“Semoga jadi anak yang soleh ya Dik, yang selalu membuat orang tuamu bangga.”

Alhamdulillah, semoga nanti kamu boleh membahagiakan orang tuamu ya Dik. Sehat selalu.”

Sumber: Kumparan 

Hanis Lyana