Bayangkan anda sedang menunggang motosikal pada waktu malam, tiba-tiba ternampak satu kelibat berdiri kaku di tepi jalan gelap. Pasti terkejut, bukan? Silap hari bulan, boleh terbabas motosikal dibuatnya.
Itulah yang dialami seorang lelaki dipercayai di Indonesia apabila terlihat kelibat misteri di tepi jalan. Dalam video dikongsikan sebuah laman Instagram, lelaki tersebut dipercayai sedang menunggang motosikal sebelum ternampak sosok sesuatu yang tidak dipastikan berdiri beberapa meter di hadapan.
Cemas dan takut, lelaki itu kemudiannya segera memusingkan motosikal dinaiki bagi menjauhi kelibat berkenaan.
Tidak dapat dipastikan adakah kelibat itu adalah seorang manusia biasa atau sebaliknya. Walaupun bagaimanapun, rakaman tersebut telah mencetuskan rasa seram dalam diri seseorang apabila melalui situasi tersebut.
Bagaimana pula dengan korang? Cuba korang check apa sebenarnya kelibat misteri yang muncul tersebut?
View this post on Instagram
Sumber: Misteri Dua Dunia