Siakap Keli
Gambar Via Google

Menteri Kecemasan Rusia Dilapor Maut Ketika Cuba Selamatkan Jurukamera Terjatuh Dari Tebing

Menteri Hal Ehwal Kecemasan Rusia, Yevgeny Zinichev dilaporkan telah meninggal dunia dalam satu kejadian semasa latihan pertahanan awam di Artik.

Menurut BBC, Zinichev, 55, telah meninggal dunia di Norilsk ketika berusaha menyelamatkan seorang jurukamera yang terjatuh dari tebing semasa temuramah.

“Mereka berada di pinggir tebing dan ketika itu jurukamera telah tergelincir dan jatuh ke dalam air.

“Zinichev bergegas ‘mengejar’ jurukamera tersebut dan maut setelah terjatuh di atas batu,” kata ketua penyiar RT, Margarita Simonyan.

Jurukamera, Alexander Melnik yang tidak sempat diselamatkan itu turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Menjawat jawatan Menteri Hal Ehwal Kecemasan sejak tahun 2018, Zinichev dikatakan menjadi anggota penting yang memantapkan perincian keselamatan pemerintahan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Sementara itu, latihan keselamatan selama dua hari itu telah dianjurkan oleh jabatan Zinichev yang merangkumi tujuh wilayah di Artik Rusia.

Sumber: BBC

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.