Siakap Keli
Kredit: ODDITYCENTRAL

Seakan Ditipu Otak Sendiri, Wanita Dakwa Sudah 40 Tahun Tidak Tidur, Rupa-rupanya…

Media China baru-baru ini melaporkan kes pelik seorang wanita yang mendakwa bahawa dia tidak pernah tidur selama empat dekad, namun tidak pernah berasa letih atau mengantuk.

Li Zhanying, seorang wanita yang berasal daripada Henan, China mengaku sudah 40 tahun tidak tidur dan perkara itu telah disahkan oleh suami dan jiran-jirannya. Kali terakhir dia tidur adalah ketika berusia lima atau enam tahun tetapi pada usia 40-an, tidur hanyalah kenangan lama baginya.

Kredit: ODDITYCENTRAL

Menurut portal, Li dianggap sebagai selebriti tempatan di sebuah kampung, Zhongmou County, Henan Province kerana kebolehannya berjaga sepanjang hari dan malam tanpa tidur walau hanya 30 minit. Beberapa tahun yang lalu, beberapa orang jirannya cuba menguji kebolehannya itu dengan mengajaknya bermain kad di bawah lampu jalan pada waktu malam. Tetapi, mereka akhirnya pulang, malah ada yang tertidur sementara Li tetap berjaga.

Suami Li, Liu Suoquin turut mengesahkan bahawa isterinya itu kelihatan seperti tidak memerlukan tidur sama sekali. Sejak berkahwin, dia menyedari isterinya tetap berjaga pada siang dan malam hari. Isterinya juga didapati melakukan kerja-kerja di sekitar rumah pada waktu tengah malam.

Li Zhanying memberitahu suaminya bahawa dia tidak boleh tidur dan beranggapan mungkin dia mengalami insomnia. Suaminya lantas membelikan beberapa pil tidur, tetapi tetap tidak berkesan. Berdasarkan artikel Bastille Post , Li Zhanying pernah berkali-kali meminta bantuan perubatan tetapi doktor tidak pernah menjumpai perkara yang mencurigakan.

Namun, setelah baru-baru ini mengunjungi sebuah pusat perubatan di Beijing, misteri kekurangan tidurnya yang sudah puluhan tahun itu akhirnya dapat diselesaikan. Sekumpulan doktor menggunakan sensor canggih untuk memantau wanita itu selama 48 jam dan mendapati bahawa dia sebenarnya tidur, tetapi bukan seperti kebiasaan yang dilakukan oleh orang ramai, lapor portal.

Kredit: ODDITYCENTRAL

Data hasil pemantauan menunjukkan Li sebenarnya tidur tetapi bukan ketika berbaring di tempat tidur dengan mata yang tertutup. Sebaliknya, dia tidur ketika sedang berbicara dengan suaminya. Doktor menggambarkan fenomena ini sebagai “tidur ketika berjaga”, iaitu serupa dengan keadaan tidur berjalan. Hal ini disebabkan oleh beberapa saraf dan organnya masih aktif semasa tidur.

Menurut OddityCentral, doktor juga mengatakan bahawa Li sebenarnya telah ditipu oleh otaknya sendiri. Ketika dia sedang berehat, sebahagian badannya sudah tidak aktif, tetapi dia tidak perlu menutup mata. Contohnya, ketika berbicara dengan suaminya, Li Zhanying kadang kala memiliki slow eyeballs dan hollow eyes yang menunjukkan bahawa dia sedang berehat pada waktu itu.

Tambah portal, disebabkan cara untuk merehatkan badan dan otaknya di luar kebiasaan, Li terus mempercayai bahawa dia tidak tidur selama 40 tahun. Dia juga dipercayai hanya memejamkan matanya kurang 10 minit setiap hari, jadi secara teknikalnya dia betul.

Sumber: ODDITYCENTRAL

Hanis Lyana