Siakap Keli
Kredit: Twitter The Sun

(Video) Ada Kisah Pekerja Bertemu ‘Entiti Misteri’ Di Situ, Rakaman Kerusi Bergerak Sendiri Bikin Seram

Seorang pengurus di The Lansdowne Pub, Cardiff berasa risau sekiranya para pekerjanya lari dan takut untuk datang bekerja ke pub miliknya yang dipercayai telah dihantui oleh seorang wanita, “Lady Lansdowne”.

Menurut Hayley Budd yang sudah bekerja selama lapan tahun di pub itu, dia telah terbiasa dengan perkara-perkara aneh yang sering terjadi di situ selama bertahun-tahun. Bermula daripada kerusi yang bergerak secara tiba-tiba sehinggalah papan tulis berayun dengan sendirinya. “Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa wujud seorang wanita yang menghantui pub tersebut dan orang-orang yang tinggal di flat, di atas pub juga mengatakan ada kejadian aneh yang berlaku,” jelas wanita berusia 33 tahun itu.

Tambahnya, “Apabila saya menutup pub dan tidak ada pelanggan, saya akan masuk ke ruang bawah tanah untuk membuat kertas kerja atau menukar tong. Tidak lama kemudian, kedengaran seperti ada perabot yang bergerak di tingkat atas tetapi ketika saya naik, semuanya masih dalam keadaan teratur.”

Menurut portal, kejadian aneh terkini yang berlaku ialah ketika dia sedang berehat daripada melayani tetamu pada jam 7.30 malam. Dia duduk di sebuah meja sambil bermain telefon bimbit. Tiba-tiba, sebuah kerusi bergerak ke hadapan secara misteri kerana pada masa itu tidak ada orang lain di sekitarnya.

Kredit: Mirror

“Saya tidak melihat ke arah kerusi tersebut, saya hanya memandang telefon. Tetapi saya dapat melihat kerusi itu melalui sudut mata saya. Saya juga mendengar pergerakan kerusi itu lalu saya bertanya kepada pelanggan adakah mereka ternampak sesuatu. Mereka mengatakan bahawa mereka mendengar bunyi bising.”

“Saya selalu berusaha mencari alasan yang logik. Seperti yang anda lihat dalam video, saya cuba memeriksa beg saya kerana mungkin ada barang dalam tu yang bergerak. Kemudian, saya cuba memberitahu diri saya bahawa mungkin itu hanya disebabkan angin. Saya cuba meyakinkan diri berkali-kali tetapi tidak ada penjelasan yang logik pun sebenarnya.”

Kredit: Mirror

Hayley kemudian memeriksa CCTV untuk mendapatkan kepastian. Menurutnya, dia tidaklah takut sampai nak berhenti kerja dan lari daripada situ tetapi dia betul-betul terkejut. Dia tidak menyangka akan melihat perkara sebegitu. Dia juga bukan jenis mudah takut sebab itu dia terus duduk situ ketika masa rehatnya, lapor portal.

Dia cuma risau berlaku insiden yang keterlaluan kepada staf di situ. Ceritanya, ” Terdapat seorang gadis yang bekerja di sini. Dia pernah bertemu dengan seorang staf yang lain tetapi bila dia toleh kembali, staf tersebut sudah tidak ada. Tiada ada sesiapa yang pernah melihat secara fizikal hantu wanita itu berdiri di hadapan mereka tetapi beberapa minggu yang lalu, papan kapur mula berayun secara tiba-tiba.”

“Ramai staf mengatakan bahawa jika perkara-perkara seperti itu berlaku ketika mereka berada di pub, mereka akan langsung pulang ke rumah. Jadi, saya harap Lady Lansdowne dapat mempertimbangkannya kerana saya tidak mahu menjadi staf yang bekerja dalam masa yang singkat.”

Sumber: Mirror dan Twitter The Sun

Hanis Lyana