Televisyen kalau dah lama guna mesti akan timbulkan banyak masalah. Antara yang biasa adalah gambar bergoyang dan ada garisan pada skrin. Memang masih boleh untuk menonton tetapi pening sikitlah dengan kesan berjalur warna warni tu.
Selalunya kalau hantar kedai, kos baiki boleh mencecah ratusan ringgit. Jadi, kalau korang alami kerosakan yang sama seperti Fadeli Sharip ini, korang boleh ikut langkah-langkah baiki masalah televisyen ini.
Ia hanya menggunakan kos yang rendah untuk mencari barang ganti. Kan boleh jimat daripada kita hantar ke kedai. Jadi, ini langkah-langkah dan cara untuk membaiki televisyen yang mengalami kesan garis penuh di skrin.
1. Buka cover belakang
2. Kat sini try n error. Tempek salotape kat A baru jadi.
3. Letak salotape kat sini. Ni pun kene try n error.
4. Siap sudah.
Turut dikongsikan juga link untuk korang rujuk cara membaiki televisyen yang mengalami masalah yang sama. Untuk pengetahuan korang, Fadeli Sharip juga merujuk link video yang sama.
Sumber: Fadeli Sharip