Siakap Keli
Gambar via Kumparan

Kononnya Kepala Putus Pun Hidup Lagi, Kenali ‘Ilmu Kebal’ Rawa Rontek Yang Pernah Diamal Zaman Dulu

Tanah Nusantara sudah tidak asing lagi dengan perkara-perkara mistik dan urban legend yang hingga kini masih beredar dalam masyarakat kita.

Macam-macam cerita yang kita dengar pasal ilmu mistik orang dulu-dulu. Contohnya, pakai susuk untuk nampak cantik atau guna ilmu kebal untuk jadi gagah.

Salah satu yang dikatakan ilmu kebal yang diamalkan dan digeruni di kepulauan Nusantara suatu ketika dahulu ialah Rawa Rontek.

Ilmu Rawa Rontek telah wujud sejak zaman Jawa kuno, konon katanya mampu membuat penuntut ilmu ini hidup abadi. Rawa Rontek dipercayai dipraktikkan oleh para pejuang Indonesia semasa zaman penjajahan untuk mempertahankan diri mereka.

Salah satu urban legend yang beredar di Indonesia tentang Rawa Rontek ni adalah lagenda Si Pitung.

Gambar via Kumparan

Dikatakan seseorang yang mempelajari ilmu Rawa Rontek ni tak boleh mati walaupun kepalanya dipenggal. Kalau terpenggal pun, kepala tersebut akan kembali menyatu dengan badan pengamal.

Walaupun Rawa Rontek ni katanya menjanjikan hidup abadi kepada si pengamal, tapi ia tergolong dalam ilmu hitam. Macam yang kita tahu, kesaktian dari ilmu hitam datang dengan syarat dan pantang larang  yang sangat berat.

Sama jugak dengan ilmu Rawa Rontek ni. Syarat dan pantang larang Rawa Rontek boleh jadi berbeza mengikut individu yang mengamalkannya. Misalnya, ada syarat yang melarang pengamal daripada menikah. Malah ada juga larangan untuk tidak mengambil makanan atau minuman tertentu.

Meskipun tahap kesulitan untuk mempelajari ilmu ni sangat sukar, Rawa Rontek juga memiliki kelemahan. Ilmu Rawa Rontek dikatakan berasal dari tanah. Jadi kesaktian pengamalnya akan lemah sekiranya mereka tidak menyentuh tanah dan akhirnya kesaktian itu hilang dengan sendirinya.

Rawa Rontek terkenal di Nusantara suatu ketika dahulu sebagai ilmu hitam yang bukan calang-calang. Pengamal ilmu ni mungkin dapat kesaktian luar biasa semasa hidup, tapi ‘sumpahan’ Rawa Rontek boleh jadi kekal hingga akhir hayat.

Menurut wawancara Okezone bersama seorang lelaki dikenali sebagai Ustaz Surya, katanya dia ada mengenali seseorang yang mengamalkan ilmu Rawa Rontek ini.

“Umurnya memang sangat panjang, seratus lebih.

“Masa dia sakit tenat kerana usia yang makin lanjut, susah untuk dia meninggal sampai bertahun-tahun terbaring di katil.

“Sudah meninggal pun tubuhnya dipisah-pisahkan seperti mana pesanannya semasa hidup,” kata Ustaz Surya kepada Okezone.

Sumber dari Kumparan pula mengatakan yang pemilik ilmu Rawa Rontek ni akan berubah bentuk menjadi manusia kecil dan mengering seperti Jenglot.

Gambar via Kumparan

Kesimpulannya, ilmu hitam ni lebih banyak buruk berbanding baiknya.

Dalam Islam sendiri, amalan yang bertentangan dengan ajaran agama sangat dilarang keras. Amalan yang mendapat bantuan makhluk ghaib boleh membawa kepada syirik iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu.

Walaupun sekarang dah masuk zaman milenial, amalan-amalan dari ilmu hitam ni masih membarah dalam masyarakat kita. Semoga kita semua dijauhi dari perkara-perkara seperti ini.

Sumber: Kumparan, Mandalika Post, Okezone

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.