Siakap Keli
Gambar hiasan | Google

Ada Panduan Keselamatan Seperti Papan Tanda Di Darat, Ini Rupanya Sistem Navigasi Kapal Di Laut

Jika di atas jalan raya, pastinya kita sudah maklum tentang sistem keselamatan dan peraturannya melalui tanda, papan tanda, penunjuk arah dan sebagainya.

Umumnya jika di Malaysia, laluan bagi hala kita adalah di sebelah kiri, manakala laluan bagi hala sebaliknya adalah di sebelah kanan.

Itu di jalan raya, tapi bagaimana pula laluan di laut? Apakah dan bagaimana kapal-kapal ini berlayar dan mereka berpandukan pada apa?

Mari ikuti perkongsian mengenai keselamatan navigasi di lautan seperti yang dikongsikan di laman Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia seperti di bawah ini.

Keselamatan navigasi

Tahukah anda? Di laut juga terdapatnya panduan keselamatan seperti papan tanda di darat. Jika di laut, boya digunakan sebagai salah satu tanda navigasi untuk menentukan pelayaran yang lebih selamat.

Salah satu daripada sistem boya di dalam International Association Of Lighthouse Authorities (IALA) adalah ‘lateral mark’ atau tanda sisi. Fungsi boya ini adalah sebagai panduan kepada pelaut untuk memasuki pelabuhan.

Untuk makluman anda, kedudukan sesuatu boya yang bertindak sebagai penanda adalah bergantung kepada sistem IALA di mana jika negara tersebut berada di kedudukan geografi seperti berikut:-

Region A:

  • Sebahagian Laut Atlantik
  • Afrika
  • Eropah
  • Asia
  • Timur Tengah
  • Australia
  • Sebahagian Lautan Pasifik

Region B:

  • Amerika Utara, Tengah & Selatan
  • Jepun
  • Korea
  • Filipina

Oleh itu, untuk negara yang berada di Region A seperti Malaysia, boya hijau hendaklah berada di sebelah kanan semasa kapal hendak memasuki pelabuhan.

 

Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.