Siakap Keli

Senang Nak Kira Untung, Kalkulator Casio Ni Viral Siap Ada ‘Feature’ Kira ‘Tax’ Sesuai Untuk Pengusaha Bisnes

Kalau dah start buat bisnes sendiri ni, setiap kira-kira yang kita buat kena la betul-betul teliti dan lengkap tau. Yelah, sebab kita nak tengok sebanyak mana perbelanjaan yang dah kita gunakan dan juga untung yang kita boleh dapat dalam setiap jualan kita. Benda-benda macam ni kena la hati-hati sebabnya kalau salah kira margin untung bisnes kita, kita rasa je yang bisnes kita ni untung, tapi sebenarnya rugi pulak. Tak ke sia-sia je semua usaha kita macam tu.

Tapi, macam susah je nak buat kira-kira ni kalau takde alat yang sesuai. Betul tu, kerja kira-kira kita ni akan jadi sangat lah mudah dan teliti kalau ada alat yang betul. Haaa, part ni jangan risau sebab Casio dah keluarkan series kalkulator yang baru ni siap ada ‘feature’ untuk kira ‘tax’ sekali. Mudahnya hidup sekarang guna kalkulator viral ni.

@aidarazmanAdd some character to your WFH life with these CASIO MY STYLE colorful calculators! Only RM29.90 from CASIO Official Shopee Store 💙🧡 ##CasioMyStyle♬ original sound – ♡ aida razman ♡

Ini lah dia series kalkulator baru yang Casio dah keluarkan tu. Lawa kan. Nama series ni ialah ‘CASIO MY STYLE Colorful Calculators’ series. Banyak betul kemudahan dan fungsi-fungsi penting yang kita boleh guna daripada kalkulator keluaran baru Casio ni tau. Pilihan warna yang pelbagai ni pon boleh buat kita minat dengan series kalkulator ni sebab boleh pilih warna kegemaran kita. Tak pon, boleh juga matchy-matchy dengan baju kita pakai.

Kalkulator keluaran baru ni datang dengan dua jenis sebenarnya. Yang pertama ialah kalkulator MS-20UC yang ada sehingga 12 digits dan yang kedua pulak ialah kalkulator MS-7UC yang datang dengan 10 digits semuanya. Haaa, feature yang paling menarik dan betul-betul berguna untuk kalkulator ni kan sebenarnya ialah kalkulator ni dibuat khas dengan fungsi TAX Calculation. Ini lah sebenarnya fungsi yang sangat mudah untuk pengusaha bisnes guna.

Selain tu, beberapa jenis kalkulator Casio yang terpilih sebenarnya ada feature yang istimewa iaitu Casio Logic tau. Untuk yang tak tau tentang Casio Logic ni, feature ni sebenarnya membolehkan pengguna kalkulator Casio untuk membuat semua jenis pengiraan yang sangat rumit dengan menggunakan kunci peratus (%) je tau. Amat la mudah.

Kalkulator series baru ni pon ada banyak benefit ya. Antaranya seperti kalkulator ni guna tenaga solar dan juga bateri. Tenaga solar selalunya akan aktif apabila cahaya mencukupi tapi kalkulator akan guna bateri bila cahaya tak cukup. Kalkulator ni senang sangat nak guna sebab ada paparan yang besar. Kekunci kalkulator ni juga direka khas supaya pengguna dapat buat operasi kira-kira dengan sangat mudah dan lancar.

 

Kalkulator MS-20UC datang dengan 12 digits dan juga 8 pilihan warna yang berbeza.

Kalkulator MS-7UC datang dengan 10 digits dan juga 6 pilihan warna yang berbeza.

Maklumat promosi yang perlu korang tahu:

Promosi berterusan mendapat L-Folder secara percuma untuk setiap pembelian ‘CASIO MY STYLE Colorful Calculators’ series. Harga promosi yang sungguh berwarna-warni ni adalah seperti berikut:

MS-20UC – RM29.90 (rsp: 37.50)

MS-7UC – RM19.90 (rsp: 25.00)

Beli sekarang di Lazada atau Shopee

Sumber: TikTok Aida Razman, Instagram Casio Calculators Malaysia.

Nor Fakhry