Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Itulah yang dapat diungkapkan apabila melihat seorang anak muda yang gigih mencari rezeki dengan berniaga di tepi jalan.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada ketika ini, pemuda tersebut dipercayai bergelut dengan masalah kehilangan pekerjaan. Namun, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjalani hidup dan bangkit mencari rezeki yang halal.
Tanpa mengenal erti penat lelah, pemuda yang dikenali sebagai Firdaus itu gigih menjual Chicken Chop yang hanya berharga RM10 di hadapan SMK Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Menerusi beberapa video yang dimuatnaik olehnya di TikTok, Firdaus dilihat berdiri sambil memegang plakad untuk menarik perhatian orang ramai. Tiada meja atau payung, dia hanya meletakkan makanan jualannya di atas motosikalnya.
@achikkamal selalmat pagi smua hari ni saya buka tau kt kota permai bang/kakπ₯° #chickenchop #fyp #fypγ·γviral #mecarirezeki #rezeki_allah #allahuakbar #syukur
Walaupun hanya berniaga di tepi jalan, jualannya itu dilihat sentiasa mendapat perhatian penduduk setempat dan orang ramai yang melalui jalan tersebut.
Dengan harga yang berpatutan, Chicken Chop yang dijual olehnya juga kelihatan sangat menyelerakan.
Kegigihannya dalam berniaga itu sentiasa dipuji oleh warganet yang memenuhi ruangan komen di setiap videonya.
@achikkamal Alhamdulilah syukur selalu hujan pns bkn alasan UTk berjayaβΊοΈ #chickenchop #mencarisesuapnasi #fypγ·γviral #rezeki_allah
Bagi orang Pulau Pinang yang berada di kawasan berdekatan, bolehlah datang support Firdaus dengan membeli Chicken Chop tersebut.
Semoga urusan jualannya sentiasa dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki yang berterusan. Amin.
Sumber: Firdaus