Pada zaman moden hari ini, terdapat pelbagai cara yang lebih mudah untuk kita bersedekah. Tidak hanya memudahkan si pemberi sedekah, malah si penerima yang bergelar asnaf pun sama.
Mungkin ramai pernah dengar tentang mesin ATM beras. Mesin unik ini dilengkapi dengan fungsi yang hampir sama dengan mesin ATM di bank. Biasanya ia digunakan untuk urusan pemberian beras kepada golongan asnaf di tempat tertentu.
Seperti yang dikongsikan di TikTok KamiAda baru-baru ini, sebuah mesin ATM beras telah diletakkan di Masjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Menariknya, mesin ini berfungsi dengan menggunakan sejenis kad khas.
Difahamkan, setiap asnaf yang tampil untuk memohon bantuan beras, mereka akan diberikan kad khas tersebut sebelum menggunakannya pada mesin ATM beras itu.
Menurut perkongsian individu dalam video ini, cara penggunaannya amat mudah. Kad khas itu hanya perlu disentuh di kawasan imbasan pada mesin tersebut. Sekali imbas, beras akan keluar empat kali berturut-turut dengan kuantiti satu kilogram sekali keluar.
Ini bermakna, setiap asnaf yang memerlukan beras, mereka akan membawa pulang empat kilogram beras yang dibungkus dalam plastik, mungkin stoknya cukup untuk satu tempoh tertentu. InsyaAllah.
Jom kita tonton video yang dikongsikan oleh TikTok KamiAda seperti di bawah ini. Kemudian, kita baca pula penerangan tentang bagaimana kaedah untuk orang awam menyumbang pada mesin ATM beras tersebut.
@kamiada_
Macam mana nak menyumbang?
Sudah namanya pun mesin canggih, maka tentulah terdapat pelbagai fungsi yang bersamanya. Ramai yang bertanya, macam mana pula untuk mereka menyumbang di mesin ini?
Pada mesin ATM beras ini terdapat satu tabung khas untuk penderma memasukkan sejumlah wang ke dalamnya. Difahamkan, tabung mesin ini akan dibuka sekali setiap sebulan.
Daripada wang yang terkumpul dalam tabung itulah, pihak masjid yang menguruskan mesin ini akan menggunakannya untuk membeli stok beras tersebut. Mudah saja kan?
Selain itu, Masjid Al-Akram ini juga sangat mesra masyarakat. Bukan hanya ada mesin ATM beras semata-mata, malah di masjid ini juga turut terdapat sebuah gerobok khas menempatkan barangan keperluan asas.
Inisiatif sumbangan pantas melalui kaedah gerobok khas ini sangat bermakna buat mereka yang dalam ‘kesesakan’, apatah lagi ditambah pula dengan inovasi baharu mesin ATM beras.
Usaha pihak masjid ini dalam memperkasakan bantuan buat masyarakat amatlah dipuji. Tidak kurang juga, video ini turut mendapat pujian daripada netizen, rata-rata mereka kagum dengan inisiatif dan inovasi yang dijalankan.
Justeru, bagi sesiapa yang bermurah hati untuk menderma, sumbangan boleh disalurkan melalui nombor akaun 140 140 100 23809 (Bank Islam) atas nama Masjid Al Akram Datuk Keramat.
@kamiada_ Reply to @nurzilazainal
Sumber: TikTok KamiAda